ALHAMDULILLAH, KHAIRY MENANG.

(Proksi Anwar? telah menang ketua pemuda parti rasuah)


Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah memenangkan manusia yang bernama Khairy Jamaludin menjadi ketua pemuda rasuah malam tadi. Hamba berasa sungguh gembira lagi sukacita melihat senario ini. Senario dimana orang yang sangat dibenci oleh pihak pembangkang dan juga didalam fraksi parti rasuah sendiri yang sungguh tidak suka kepadanya, menjadi ketua pemuda parti rasuah.

Hamba cukup mengharapkan selepas ini dan mulai saat ini, maka pecah-belah dan porak perandalah parti rasuah yang mengamalkan semangat assobiyah dan makan ba** ini untuk selama-lamanya. Biarlah parti rasuah ini menjadi kelam-kabut dan hancur dari dalam agar puak-puak yang sungguh benci kepada hukum Islam ini akan lenyap dan musnah dari muka bumi.

Hamba harap sangat, puak mukhriz dan anak toyo akan terus tidak berpuas hati dan ada tindakan susulan agar mereka sama-sama menjatuhkan satu sama lain seterusnya berperang besar sesama mereka hanya semata-mata kerana gilakan kuasa.

Begitu juga dengan wanita, diharap sangat puak-puak rafidah akan melakukan bantahan dan terus berperang sesama sendiri sehingga mereka dapat menghancurkan wanita rasuah ini 'last and for all'. Biarlah wanita rasuah perak akan memboikot PRK Bukit Gantang kerana ketua mereka telah kalah dan dimalukan oleh seorang wanita berketurunan mamak. Biarkan, biarkanlah mereka.

Kepada pejuang-pejuang Islam, berdoalah sentiasa agar pejuang Islam menang dan terus menang didalam perjuangan kita ini. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa didalam menjalankan tugas jihad besar ini. InsyaAllah, Allah akan memberikan kemenangan kepada kita jika kita ini layak. Takbir!!

Ulasan

freedownload36@yahoo.com berkata…
ape la mamat ni...you ni islam ke bukan? mendoakan umat islam sendiri supaya porak peranda.. beginilah kehidupan zaman sekarang kerana terlalu fanatik dengan pendapat sendiri sampai nak menjahanamkn darah daging sendiri. pirahhh..ingt u ni baik sgt ke? ingt u ni da betul ke...? ini la di namakn fanatik terhdap nafsu setan..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?