SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIALAH YANG PERLU BOIKOT BARANGAN PROKSI ZIONIS.


Hamba sebenarnya rasa sungguh pelik. Mengapa ye hanya rakyat marhaen sahaja yang disuruh untuk memboikot barangan Yahudi dan syarikat2 barat dan bukan barat yang memberi dana tiap-tiap bulan kepada Zionis Israel. Mengapa rakyat marhaen sahaja yang di suruh memboikot barangan ini seperti contoh paling mudah Mc'Donald dan Coca cola yang terang-terangan beri duit kepada zionis?

Padahal, tiap-tiap pekedai menjual air Coca-cola. Tiap-tiap daerah ceruk rantau di tanah Melayu ini ada berlambak-lambak kedai Mc'Donald. Mengapa tidak kita mendesak KERAJAAN MALAYSIA yang memboikot seluruh produk dari proksi-proksi zionis ini.

Ya, diulangi, sepatutnya KERAJAAN MALAYSIAlah yang patut didesak oleh kita rakyat marhaen lebih-lebih lagi kita umat Islam agar barang-barangan ini tidak wujud langsung di bumi Malaysia ini. Sepatutnya, Coca-cola sudah tidak dapat dilihat dimana-mana kedai di seluruh Malaysia lama sudah kerana kerajaan memang tahu, ini adalah produk proksi zionis.

Mc'Donald sepatutnya dihumban keluar dari Malaysia diharamkan berniaga di Malaysia. Produk-produk proksi zionis sepatutnya diharamkan dijual di Malaysia seperti mana haramnya dadah di bumi Malaysia ini.

Dengan itu, barulah berhasil perang ekonomi terhadap zionis israel laknatullah yang memang syaitan itu. Jika kita penakut sangat hendak mengangkat senjata, gunakan ekonomi untuk memerangi mereka. Bukan rakyat marhaen sahaja, tetapi kerajaan Malaysia. InsyaAllah negara ini tidak miskin kedana dengan tiadanya produk proksi zionis jahanam ini. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?