ADIK HAMBA KONVO.

2nd upper. Pergh,.... bangga hamba adik hamba dapat degree hons pengurusan industri 3 pointer ke atas. Mengalahkan abang-abangnya yang hanya mampu 2nd lower je. Tapi, engineering le.

Walaupun begitu, adik hamba masih tidak bekerja a.k.a menganggur lagi. Oleh itu, sesiapa yang terbaca blog hamba yang tidak seberapa ini, bantu-bantulah hamba, tengok-tengokkan kerja yang bebagus sikit untuk adik hamba ni. Risau dibuatnya nganggur hendak masuk 8 bulan dah ni.

Mungkin sebab sijil degree adik hamba tidak dapat lagi ke? Mana taknya, baru ahad lepas adik hamba konvo. Di Batang Berjuntai, Unisel. Seronok dapat jumpa Tan Seri Khalid, dan tidak berapa berkenan jumpa Rosmah. Bawah ini, adalah sedikit gambar-gambar konvo adik hamba.

(Dukung anak saudara dia (Anak hamba le) sambil tunggu untuk mendaftar masuk)

(Sudah daftar, kena beratur lagi untuk masuk dewan. Lepas masuk dewan, tiada gambar, sebab hamba tidak boleh masuk,.....)

(Gambar anak sulong hamba belakang kereta siapa ni? Hendak tahu jawapan ke? Kereta Rosmah la,....)

(Isteri hamba dengan anak kedua hamba sedang menunggu diluar dewan bawah khemah. Muka macam ngantuk je anak hamba tu,.....)
(Ibu hamba baru lepas makan dengan anak bongsu ibu selepas habis majlis konvokesyen. Siap bungkus lagi untuk anak, eh silap, untuk cucunya makan. Kesian hamba,....)

(Seronoknya. Adik hamba sudah ada degree. Hendak tahu siapa yang tiada dalam gambar ini selain mereka2 yang berada di Bahrain? Gambar hamba le, si tukang snap gambar,... hu,.. hu...)

(Gambar dengan penuh bunga)

(Dalam gambar ini ada cerita tersirat. Ianya ada kaitan dengan anak hamba yang kedua itu,.. he, he,...)

(Akhirnya, ada juga manusia yang sudi mengambil gambar hamba bersama satu family kurang along sekeluarga. Cuba lihat sebelah kanan gambar, jejaka segak sambil menyeluk saku itu adalah ayah hamba)

(Budak lelaki sebelah itu adalah seorang manusia yang berangan hendak dapat degree. Namun sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana angan2 itu telah menjadi kenyataan 8 tahun dahulu)

(Ini pula adalah gambar abang kepada muslimat yang baru dapat degree itu. Oleh kerana terlalu hensem, si pemetik kamera untuk gambar ini adalah seorang perempuan. Mungkin tergoda dengan muka baik jejaka ini,... he, he,...:))

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
TAHNIAH KPD ADIK TUAN HAMBA.

RAJIN-RAJIN TENGOK IKLAN. HANTAR CV BANYAK2. SERLAHLAN KEMAMPUAN DIRI DLM SURAT PERMOHONAN KERJA. HADAPI INTERVIEW KERJA DGN PENUH YAKIN.

BHGN PEMASARAN & KEMASUKAN UNISEL
SHAH ALAM
Tanpa Nama berkata…
saya syorkan adik anda masuk SAP academy, buat kursus SAP selama bulan, di akhir kursus tu ada exam dia. make sure lulus.

utk degree mcm dia ni, elok buat module Material Management (MM) atau pun Finance (FI).

boleh tgk website genovate malaysia. lepas tu boleh la jadi SAP Consultant.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?