HARI INI AKU MENANGIS....

Hari ini aku bersedih.

Ketika mana aku hendak tidur semalam, selepas memakan ubat antibiotik yang menyebabkan badanku letih semacam, pada jam 9, terlihat di hp ku mencatat di whatsapp group PAS Kawasan Hulu Selangor, ditulis Tok Guru sedang dibawa ke hospital.

Aku baca, tetapi dalam hatiku kata, 'betoi ke ni? Silap informasi ini..".. maka aku pun tidur.

Malam tadi, tidur ku seperti tidak serupa dengan tidur yang lain-lain. Kerana umur sudah meningkat, maka jam 4 pagi, badan automatik akan terjaga, dan selepas itu, tidak boleh tidur lagi. Namun semalam, aku tidur sehingga jam 6:15pg. Semasa azan Subuh dekat lagi berkumandang. Mungkin kerana ubat antibiotik yang aku makan semalam.

Semasa hendak memberus gigi, tanganku mencapai hp ku. Sahaja hendak melihat message2 di hp.

Maka,.. subuh tadi, aku terkejut.

Tok guru sudah tiada.

Mula-mula tidak percaya. Kemudian apabila membaca pesanan whatsapp yang berlambak-lambak itu, dengan gambarnya sekali, baru aku sedar, tok guru sudah tiada....

Isteriku terkejut melihat aku menangis macam bayi kecil.

Aku menangis sepuas-puasnya. Kerana sedih, dapat ketahui berita ini terlalu lewat. Rakan-rakan sudah berada di Kelantan. Padahal aku baru ketahui ketika jam 6:15 pagi.

Aku menangis dan menangis dan menangis... seperti budak kecil......

Aku menangis, rindukan suara tok guru yang lemah lembut.... aku menangis kerana perginya seorang ulama untuk selama-lamanya... aku menangis.... dan menangis.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?