KATA DUA DARI MAJLIS ULAMA ISMA.. MENARIK.
Penyakit 'Naif' yang akhirnya membunuh
"Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”
katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot”
"Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”
katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot”
Hari
ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan
rupa, samada secara jelas, secara tidak langsung atau secara halus. Di
dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat
berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh
jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan
menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam
situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”.
Serangan
dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa
terancam, berasa selesa walhal pada hakikatnya dia sedang diancam lalu
keadaan ini dijadikan sebagai peluang keemasan oleh musuh untuk
melakukan pukulan maut.Akhirnya orang yang menghadapi serangan ini tidak
akan sedar bahawa dia sedang kalah hinggalah apabila dia sedar bahawa
kampungnya sudah tergadai sedang dia sibuk bersorak.
katanya “Bilangan ahli Parlimen Melayu dan Islam kan ramai di Parlimen”
Serangan
menggunakan senjata ini bukanlah baru, bahkan perkara inilah merupakan
antara senjata yang paling banyak digunakan oleh musuh dalam mengalahkan
umat Islam. Perhatikanlah sejarah! Lihatlah bagaimana runtuhnya
keagungan tamadun Khilafah Abasiyyah di tangan Mongol.
أَوَلَمۡ
يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ
كَانُواْ مِن قَبۡلِهِمۡۚ كَانُواْ هُمۡ أَشَدَّ مِنۡہُمۡ قُوَّةً۬
وَءَاثَارً۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِہِمۡ وَمَا
كَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ
Tidakkah
mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah
mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari
mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka
tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di
muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab
dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat
menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Al Ghafir:21)
Dr
Ragheb El Sergani menceritakan hal ini di dalam buku beliau “Qisah
Tatar: minal bidayah ila ain jalut” akan suasana naïf yang melanda umat
Islam ketika itu:
“Penduduk di Baghdad ini
telah menzalimi saudara-saudara mereka selama 40 tahun, mereka dengar
akan kisah penyembelihan saudara-saudara mereka yang berada di
Afganistan, Uzbakistan dan lain-lain oleh tentera Mongol, mereka juga
mendengar akan kisah muslimah-muslimah dirogol dan pembunuhan
kanak-kanak kecil, namun mereka langsung tidak berbuat apa-apa. Bahkan
mereka mendengar akan kisah khalifah sebelum itu berkomplot dalam
membunuh umat Islam atas kepentingan politik namun mereka tetap diam
membisu. Maka mereka sepatutnya dihukum atas kenaifan ini”
Umat
Islam di Baghdad ketika itu merasakan mereka adalah kuasa terbesar
dunia, mereka adalah pemerintah yang berdiri atas dasar Islam yang
diredhai oleh Allah SWT, jadi tidak mungkin mereka akan dikalahkan oleh
mana-mana pihak khususnya tentera Mongol yang merupakan suatu bangsa
yang seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia. Perasaan berasa selesa
dan tidak rasa terancam inilah menyebabkan mereka kalah.
Hulaghu Khan menyeksa Khalifah ketika itu sebelum dibunuh
katanya “Tengok cara bukan Islam perintah, berapa banyak duit diberi untuk bangunkan Islam”
Bahkan
lebih mengejutkan lagi, penyakit “naïf” ini sampai ke tahap adanya
dikalangan pimpinan umat Islam ketika itu yang bekerjasama dengan Mongol
dalam menjatuhkan Khilafah Abasiyah. Perkara yang sepatutnya dirasakan
sebagai suatu ancaman menjadi sebaliknya, mereka rasakan ianya sebagai
suatu peluang lalu bekerjasama dengan musuh, mereka lupa siapa musuh dan
siapa kawan. Akhrinya mereka hanya menyedari hal ini apabila mereka
turut dibunuh setelah selesai diperkudakan oleh Mongol.
“Badaruddin
Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil
kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk
bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan
“Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah”
Umat
Islam ketika itu terpaksa membayar bayaran yang tersangat mahal akibat
penyakit kenaifan yang melanda semua kelompok ketika itu, samada
pemimpin atau pon rakyat. Para sejarahwan menganggarkan bilangan mereka
yang terkorban di Baghdad lebih daripada sejuta nyawa umat Islam.
Kenaifan ini turut menyebabkan runtuhnya sebuh tamadun yang hebat.
Khalifah ketika itu juga dibunuh dalam bentuk yang sangat hina iaitu
dengan digulung di dalam permaidani Istana lalu dipijak beramai-ramai.
katanya “Kitakan penduduk majoriti mana mungkin diorang boleh buat apa-apa”
Penyakit
naïf ini bukan melanda sekali sahaja dalam sejarah umat Islam, penyakit
ini juga menjadi penyebab utama kepada runtuhnya Kerajaan Islam di
Andalus. Kisah kenaifan ketika jatuhnya benteng terakhir Andalus iaitu
Granada adalah sebuah kisah yang sepatutnya kita sentiasa jadikannya
sebagai pedoman.
Rampasan kuasa oleh Abu
Abdullah bin Abi Hasan terhadap bapanya dengan kerjasama Kristien Eropah
pada hakikatnya sudah cukup untuk mengajar kita supaya berhenti
daripada bersikap naïf terhadap musuh. Kata-kata ibunya saat Abu
Abdullah bin Abi Hasan menangis akibat telah ditikam belakang oleh musuh
yang disangka sebagai rakan hendaklah kita jadikan sebagai peringatan:
ابك اليوم بكاء النساء على ملك لم تحفظه حفظ الرجال
“Kamu jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela sebagai seorang lelaki.”
katanya “Mana ada Melayu dan Islam terancam”
Kini
serangan dalam bentuk ini kembali dilakukan oleh musuh khususnya di
Malaysia, seruan-seruan naïf yang menyebut Islam dan Melayu tidak
terancam semakin kuat dilaungkan. Lebih mengejutkan adakalanya seruan
ini lahir daripada mereka yang secara jelas sedang menyerang kedua tiang
utama tersebut di dalam Negara ini. Juga lebih memalukan apabila seruan
tersebut lahir daripada mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun
buta dalam memahami waqi’ apa yang sedang berlaku disekeliling mereka.
Kita
sebagai umat Islam sepatutnya memahami apa yang sedang berlaku hari ini
berdasarkan kepada realiti sekeliling, bukanlah berdasarkan kepada apa
yang orang lain kata. Berhentilah berfikir seolah-olah hanya kita yang
berperancangan sedangkan musuh tidak! Hakikatnya mereka beperancangan,
mereka berstrategi, mereka tersusun bahkan berorganisasi.
Apa
yang berlaku di Malaysia daripada isu IFC, isu kalimah Allah, isu
Mahkamah Syariah, isu memperlekeh hak keistimewaan orang Melayu, isu
LGBT, isu Comango dan pelbagai isu lagi kesemuanya adalah di bawah
perancangan yang tersusun dengan rapi. Ia tidak berlaku secara
tiba-tiba, berhentilah daripada bersikap naïf dalam memahami waqi’ dan
dalam mengenali musuh.
Lihatlah akan hakikat
kesungguhan musuh yang tak pernah penat dan lelah dalam usaha memadamkan
cahaya Allah SWT ini! Lihatlah dengan sedar suasana satu demi satu jiwa
umat Islam yang sedang dibunuh di serata dunia setiap hari! Lihatlah
kesemua perkara ini dengan cahaya hati supaya akhirnya kita sedar akan
betapa benarnya petunjuk wahyu yang Allah SWT ajarkan pada kita supaya
dijadikan prinsip perjuangan kita:
وَلَن
تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ
مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ
ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ
مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang
memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah: 120)
Berhentilah bermimpi, hiduplah dengan realiti.
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Ulasan