HARI NI, KITA KACAU PAS PLAK.

Jangan Marah Ku Nan Bila Labelkan PAS Sesat Kerana Kebencian Kita Kepada UMNO Jadi Punca Sebenar


Sekarang ini, rata-rata orang PAS mengutuk Setiausaha Agung UBN, Adnan Mansor apabila Adnan Mansor yang mencadangkan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UBN untuk meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan UBN selain bercakap tentang Pengajian Sifat 20 (Usuluddin) yang telah ditinggalkan oleh parti tersebut, melabelkan PAS sebagai SESAT dan MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM.

Tak guna kita marahkan golongan seperti Adnan Mansor mahupun sebahagian besar orang UBN yang masih angkuh dengan kuasa. UBN sendiri pun sudah kacau bilau dan tidak lagi bergerak pada landasan sebenar penubuhan parti tersebut.

Suka atau tidak, hanya pada zaman Mahathir sahajalah, UMNO baru kenal AGAMA ISLAM, baru tahu bahawa Tuhan itu adalah Allah Taala, baru tahu Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Baru tahu bahawa Islam itu bukan sekadar bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan naik haji atau terikat kepada enam perkara dalam rukun Iman. Hanya pada zaman Mahathir sahaja, baru orang UBN tahu bahawa Islam itu mencangkupi setiap bidang kehidupan manusia termasuklah ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Islam tidak sekadar berkisar tentang halal, haram, wajib, sunat, mubah dan makruh. Bahkan Islam lebih daripada itu.

Kerana itu, orang UBN akan menekup telinga dan cuba menafikan yang PAS lahir daripada kejahilan dan kekufuran para pemimpin UBN yang mahu menghalalkan perkara haram seperti loteri dan judi.

Dari tahun 1951 sehinggalah 2014, jemaah PAS diasuh agar membenci amalan dan kepercayaan UBN yang tersasar dan menyeleweng jauh daripada jalan Islam terutama kefahaman sekular yang memisahkan pemerintahan, pentadbiran dengan agama. Malangnya, golongan jahilun dalam PAS pula, mencipta kebencian mengatasi kebencian ke atas amalan UBN. Ada yang membenci UBN kerana UBN adalah UBN sekaligus meletakkan hukum kepada UBN sehingga wujud pula golongan pentakfir yang mengkafirkan orang UBN kerana mereka mereka gagal memahami kaedah pengkafiran dan pengkufuran sebaliknya menganggap sebagai orang PAS, mereka bebas menjatuhkan hukuman kafir dan murtad kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.

Akhirnya kerana perbuatan jahilun tersebut, ia terbalik pula kepada PAS. Sekarang, PAS pula yang dilabelkan sebagai kafir, sesat dan menyeleweng. Bezanya dengan PAS, UBN tidak mempunyai Majlis Syura atau Majlis Ulama. Barangkali kalau mereka adalah kedua-dua majlis itu, UBN pun akan mengambil pendekatan pentakfiran kerana kejahilan mereka.

Kenapa perkara sebegini berlaku?

Kerana jahil dan kerana kebencian yang amat keterlaluan sehingga ilmu yang dipelajari, gagal dihayati dan digunakan dengan sebaik-baik mungkin. Sebaliknya nafsu dan logik akal digunakan, ditambah pula dengan hasutan daripada golongan munafik yang sememangnya berharap agar umat Islam terus berpecah kerana khilafiyyah. Ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

PAS sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman pahit yang masih kita rasakan sekarang ini. Kebencian kita kepada UBN telah membutakan pertimbangan dan mata kita sehinggakan kita sanggup menjadi jahil dan lebih teruk lagi, sanggup menjadi anjing yang dipergunakan oleh golongan seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah Taala tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Jangan pandang buruk dan hina dengan apa yang sedang menimpa sekarang, sebaliknya kita perlu melihat pengajaran yang sedang Allah Taala berikan menerusi kejadian seperti ini.

Cuma, kita perlu bersimpati dengan golongan UBN yang masih taksub dengan fahaman nasionalis mereka tetapi pada masa yang sama, masih tidak faham mengapa kita menyatakan bahawa nasionalisme mereka adalah sesat dan menyesatkan tidak sebagaimana nasionalisme yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ulasan

kekura berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?