Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Mei 21, 2014

DAP AKAN KALAH DI PRK TELUK INTAN.

Setelah muak melihat politik di Malaysia, namun pada hari ini, tiba-tiba mood untuk bergejuis berkenaan politik di Malaysia kembali bernafsu. Ini semua kerana satu angkara Harakahdaily, yang mengeluarkan artikel;

PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14?

Apabila saya terbaca sahaja berkenaan berita ini, maka hati saya menjadi kelam lagi gulana. Kerana saya anggap, Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU14 nanti.

Saya tidak mengendahkan PRK yang berlangsung di Teluk Intan sekarang ini. Apalagi di Bukit Gelugor, lagilah saya tak ambil kisah. Namun, apabila berita yang amat malang berkenaan Borang 14 yang tidak akan di 'endorse' oleh SPR kepada Counting Agent, maka, jangan haraplah PR akan menang pada PRU14 nanti.

Peristiwa dimana petisyen PAS berkenaan Borang 14 pada PRU13 dahulu, yang tidak diendahkan oleh mahkamah pilihanraya, kerana menganggap KTM yang tidak bertanggungjawab terhadap Borang 14 tiada kena mengena dengan petisyen pilihanraya, hanya ada kena mengena dengan kes polis, menunjukkan, bahawa SPR sedang bermain tahi dengan proses pilihanraya.

Mahkamah dan SPR ingin menunjukkan bahawa, Borang 14 adalah perkara yang tidak valid untuk dicabar oleh parti politik, walaupun ianya sudah di'endorse' oleh Ketua Tempat Mengundi SPR, apalagi, jika Borang 14 sekarang, disebut oleh SPR dalam berita di HarakahDaily itu, tidak akan diendorse oleh SPR borang yang dipegang oleh parti yang bertanding. Mereka cuma mengiktiraf helaian yang dipegang SPR. Maka untuk apa gunanya Borang 14 itu?

Jika tiada tindakan drastik oleh parti mendukung PR, seperti tiadanya tindakan susulan petisyen oleh PAS berkenaan Borang 14 itu, maka, saya berani menyatakan disini, sayonara kepada Pakatan Rakyat. Anda semua akan dikuburkan dengan kalah kiraan undi di pusat penjumlahan undi. Kerana disana, mereka hanya mengira digit yang ditulis di Borang 14, bukannya kertas undi itu sendiri......

0 ulasan: