Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Februari 06, 2014

MP PAS GESA ANWAR JELAS KONSENSUS NASIONAL.

Apa ni. Saya tak paham ni,..... he he he....

Sila baca di bawah;


MP PAS gesa Anwar jelas konsensus nasional

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera "format dan konsep sebenar" konsensus nasional sebelum berlangsungnya pilihan raya kecil Kajang pada 23 Mac depan.

Nik Abduh - anak lelaki bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat -  berkata ia bertujuan mengelakkan pelbagai tafsiran sama ada konsep itu bermaksud permuafakatan kebangsaan, muzakarah politik, dialog nasional atau kerajaan perpaduan.

"Dilihat beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh rakan Pakatan yang agak pelik dan kurang disenangi rakyat seperti kes Kajang dan konsensus nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat Pakatan Rakyat.

"Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar perlu menghuraikannya dengan lebih jelas. Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, perkara ini akan dapat dimatangkan dengan lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.

Nik Abduh berkata beberapa kenyataan media mengutarakan konsensus itu susulan kebejatan politik melibatkan isu ketegangan kaum manakala media antarabangsa pula melaporkan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

"Oleh yang demikian, Najib sendiri telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

"Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?" katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh berkata pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong wajar memahami dan meneliti maksud sebenar konsensus nasional itu supaya dapat meredakan suhu politik dan bukan sekadar projek politik sahaja.

0 ulasan: