KES KAJANG; JANGAN RISAU DR HATTA, ASRI KEDUA TAKKAN BERLAKU DLM MASA TERDEKAT INI.

Mula-mula, korang baca ni dulu;

KUALA LUMPUR: PAS akan turun sebagai jentera pembantu paling kuat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang bagi memastikan Pakatan Rakyat menang, selaras dengan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Mohd Ramli, berkata semua jentera parti di setiap peringkat dan negeri-negeri akan bergerak semaksima mungkin, khususnya jentera PAS Selangor bagi memenangkan calon PKR di Dun Kajang.

"Kita sokong dan sememangnya memberikan komitmen untuk membantu semaksima mungkin sepanjang kempen PRK ini. Saya nasihatkan semua jentera di peringkat dewan-dewan dan juga negeri-negeri untuk turun membantu dan mengikut perancangan yang diatur," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Selain itu, Dr. Hatta yang turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK itu turut mengingatkan jentera parti membantu selagi boleh untuk PRK ini, sama ada dari bentuk kewangan, buah fikiran, kerja-kerja kempen dan sebagainya bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Katanya, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.

Pada 27 Jan lalu, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan.

Dun itu mempunyai 38,965 pemilih, merangkumi 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan 10 peratus India.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

----------------------------------------------------------

Mula baca, saya sudah rasa pelik. Kenapa perlu ditegaskan oleh Dr Hatta, bahawa PAS akan menjadi pembantu paling kuat dalam PRK ini?

Tidak tahukah beliau, semenjak bila, PAS tidak membantu sekuat hati dalam apa-apa PRK yang ditandingi oleh rakan PR? Malah PAS lah yang PALING ke depan dan menjadi tunggak UTAMA dalam SEBARANG PRK atau PRU yang dijalankan selama mana adanya Barisan Alternatif dan sekali dalam PRU13 sebagai Pakatan Rakyat.

Semnejak bila pula PAS buat kerja ala kadar?

Cer cite sikit.

Ke pihak PKR dah cuak, dengan kesombongan anak buah dia mengata macam-macam pada PAS, menyebabkan grassroot PAS dah naik muak dengan PKR.

Tak payah cuak-cuak laa.... Sebenarnya, dah lama kami muak dengan korang. Hanya kerana wala' terhadap kepimpinan, menyebabkan kami masih bersama menolong PKR yang ego, sombong, berlagak dan tak sedar diri tu.

Tapi kena ingat, PAS tidak akan ada konsep 'bersama kepimpinan Ulama', jika semua ahli pada 80-an dahulu ikut perangai wala' ahli sekarang. Ada masa dan ketikanya, jika kepimpinan buat arahan cap ayam, maka Asri kedua akan berlaku terhadap SELURUH kepimpinan PAS.

Ingat tu......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?