Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Januari 29, 2014

PAS SELANGOR DAH MENGAMOK PASAL KES KAJANG!!

Suara PAS Selangor telah bergema. PJ Selangor yang baru serta Pemuda PAS Selangor sudah membuka taring. Ini yang saya nak lihat. Barulah namanya Parti Islam SeMalaysia. Tidak gentar mengatakan yang haq itu haq, dan yang bathil itu bathil!

Sekarang kami menunggu jawapan daripada PKR. Yang membuat kerja gila inseng ini kelmarin. Memang akal yang haru biru melihat perangai PKR ini. Cukup serupa perangai kapitalis dalam politikingnya. Menghalalkan apa-apa cara, untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Stupid!!!!

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen Kajang

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
 
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Dalam kenyataannya, Syarhan (kiri) berkata, tidak wajar Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tanpa alasan kukuh.

Beliau mengibaratkan tindakan itu "mengkhianati amanah rakyat" memandangkan majoriti 6,824 undi yang diperolehinya agak besar.

Sambil menyatakan kekesalan kerana keputusan dibuat membelakangkan rakan dalam Pakatan Rakyat, Syarhan berkata jumlah perbelanjaan pilihan raya kecil juga besar.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Syarhan turut mengingatkan PKR bahawa Selangor ditadbir bersama oleh tiga komponen dalam Pakatan dan tiada istilah negeri itu negeri PKR atau sebaliknya.

Akan namakan calon MB sendiri

"Maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman (kanan) pula menganggap kekosongan kerusi DUN itu sebagai isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan menteri besar.

"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita.

"Kita akan hantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat. Terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian.

"Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," tegas Khairuddin dalam satu kenyataan.

Beliau juga menasihatkan ahli PAS semua peringkat di negeri itu bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS negeri dari masa ke semasa.

0 ulasan: