Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Januari 07, 2014

ANAK LELAKI SAYA DAH KHATAN.

Hari ini, saya malas hendak layan cerita politik di Malaysia. Sebab dah naik jemu lagi menyampah dengan pe'el-pe'el politician yang cap ayam.

Hari ini, saya nak cerita berkenaan anak saya. Yang baru bulan lepas, berkhatan.

Lebih tepat, 2 anak lelaki saya berkhatan bulan 12 lepas. 13 dan 14 Disember 2013.

Jumaat petang, 13 Disember, anak lelaki saya no 5 berkhatan. Esoknya, 14 Disember pagi, anak yang ketiga saya pula yang berkhatan.

Saja nak beritahu, anak saya nombor tiga itu baru berumur 3 tahun 5 bulan, dan adiknya pula baru sahaja berumur 3 bulan.

Saya memberanikan diri untuk mengkhatankan 2 anak lelaki saya pada umur yang kecil. Mula-mula, takut juga, kerana ada berbagai-bagai versi negatif dari rakan-rakan. Ada yang kata, akan tumbuh baliklah kulitnya, ada yang kata, susah nak jagalah lepas khatan sebab kecil lagi. Tetapi saya tabahkan hati untuk mengkhatankan juga mereka berdua.

Dan keputusannya, alhamdulillah, memang cukup mudah menjaga mereka berdua. Terutama yang baby 3 bulan itu.

Saya mengkhatannya mereka di Klinik Dr Hamid Arshat. Dr Hamid sendiri yang mengkhatankan baby 3 bulan, manakala untuk anak 3 tahun, anak beliau, pakar bedah Dr. Arief yang melaksanakannya. Untuk baby, local bius, manakala untuk 3 tahun, kasi tidur terus, senang.

Isteri sedang menenangkan anak no 5 saya. Di bilik bedah.

Tengah seronok-seronok lagi ni..

Dua nurse kena pegang. Menangis sebab kena inject bius. Sakit tu....

Dr Hamid dalam persiapan untuk mengkhatankan anak saya.

Baru lepas khatan. Siap boleh pakai pampers lagi. Tak nangis dah.

Esoknya. Anak no 3 pula kena khatan. Ni tempat bilik menunggu. Macam risau je....

Dalam bilik bedah yang sama.

Dr pakar bius memberi bius tidur untuk anak.

Dr Arief. Bersiap untuk mengkhatankan anak saya. Guna laser. Dia ni classmate saya di VI dulu.

Ni lepas dah potong ni. sejam lepas khatan. Tengah angau, sebab pening dengan bius.

Dekat rumah Opah dia. Saya cuti seminggu untuk menjaga anak khatan.
Saya memang sangat-sangat rekomen, sesiapa yang ada anak lelaki yang baru lahir. Cepat-cepat khatankan mereka. Selewatnya pun, pada umur 3 bulan, sebelum dia pandai meniarap. Memang alhamdulillah, senang jaga. Namun kena sentiasa salinkan pampers, jika dia kencing. Kerana baby akan pedih sedikit jika air kencing terkena pada 'anu'nya yang baru dipotong.

Apa-apa, memang mudah dan alhamdulillah Allah beri kesenangan untuk kami menjaga mereka berdua lepas khatan itu.

0 ulasan: