UST HARUN: ALU-ALU KDN BUKTIKAN ADA SYIAH DALAM PAS.

Yang ini aku setuju sangat. Terbaik dari Ustaz Harun Taib....


Pas sahut kesediaan KDN bukti dakwaan pemimpin mereka anut Syiah
KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Pas mengalu-alukan kesediaan Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan dakwaan bahawa pemimpin tertinggi parti berkenaan menganut fahaman Syiah.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, Pas pastinya bersedia meneliti langkah susulan jika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.


"Kita tunggu saja dan kalau beliau (Ahmad Zahid) ada bukti, tunjukkan dan memang kita alu-alukan. Jika benar ada (pemimpin tertinggi Pas amal ajaran sesat), tindakan lanjut akan diputuskan kemudian.
"Bagi saya, saya memang tak tahu wujud amalan ajaran sesat dalam kalangan pemimpin tertinggi Pas, tetapi kalau Zahid benar-benar ada bukti, silakan dan kita alu-alukan," ulangnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang mencadangkan agar Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat ditubuhkan segera bagi mengelak masalah penyelewengan akidah yang mengancam keselamatan negara.
Ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Kuala Lumpur semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kementeriannya mempunyai semua bukti mengenai pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah di Malaysia.
Ditanya mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan, Harun dalam reaksinya seolah-olah tidak bersetuju dengan saranan itu.
Sebaliknya, jelas beliau, Ahmad Zahid yang dipertanggungjawabkan menerajui kementerian itu sepatutnya dapat menggunakan kuasanya untuk bertindak bagi memastikan semua ajaran sesat dihapuskan di negara ini.
"Bagi saya, tak perlu (tubuh suruhanjaya itu), kalau dia (Ahmad Zahid) kata ada ajaran sesat di negara ini, sebagai Menteri Dalam Negeri, sepatutnya dia kena bersungguh-sungguh dan terus bertindak untuk hapuskan amalan ajaran seperti itu," tegasnya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kita patut alu alukan Suruhanjaya Ajaran Sesat segera agar dapat dipastikan adakah ajaran berikut betul atau sesat:-
1.Menteri dan Kerajaan mengaku Islam menghalalkan judi,arak dan riba,tak kah termasuk dalam ajaran sesat?
2.Membolihkan penipuan,rasuah dan mengkhianati duit rakyat dan pelbagai salah guna kuasa dengan memamgilnya komissen dan cuai dan kebodohan, dibolihkan agama mana dan tidakkah merupakan ajaran sesat?
3.Yang dianggap cerah agama memainkan peranan Tuhan,mufti mengfatwa kapir orang yang izinkan orang bukan Islam menguna kalimah 'Allah' dengan baik,pada hal Allah sendiri izinkannya dalam firmanNya dalam Al Quran.Tidakkah perbuatan tu ajaran sesat?
Banyak lagi yang bolih dikemukakan tapi buatlah keputusan yang sedikit ni dulu!

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?