Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Disember 02, 2013

CERITA SABASUN

"Kenyataan Media.

Susulan dari Pendedahan Isu Sabasun ketika Program LEPAK SANTAI GANTI 1, Wakaf Tembesu pada 29hb.Nov 2013 anjuran Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) isu ini telah mendedahkan wajah buruk pentadbiran yg diamanahkan kepada Sang Pejuang Bangsa, Sang perkasa konon Pertahan Kesucian Agama dan berdasarkan trafik internet bagaikan goreng pisang panas.

Isu ini telah menyingkap tabir nasib yg turut dialami okeh usahawan2 melayu yg lebih kecil seperti peruncit, penjaja, pasar malam, Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga. Kalau pemilik Pasaraya muslim yg gigih berdeoan badai tsunami kebanjiran pasaraya asing pun boleh dianiayai. Inikan pula yg bilis-bilis.

Sabasun sepatutnya dibantu supaya jadi jenama seluruh negeri dlm 2 tahun, ke peringkat kebangsaan dlm 5 tahun!!! Bukannya ditekan supaya 'mampus baham tanoh!!!'.

Sebagai Presiden GANTI, saya seru sikap masyarakat yg buat tak endah nasib sesama Islam ini diganti. Cuit peha kanan, harusnya berdenyut ke paha kiri malah seluruh anggota.

Susulan itu saya menyeru satu SIMPOSIUM BELA USAHAWAN MELAYU DAN ISLAM digerakkan segera dgn kerjasama semua NGO-NGO. Satu mesej keras perlu dihantar kepada yg diberi amanah. Jangan khianat harapan rakyat. Simposium ini wajib menerbitkan satu Memorandum Rakyat. Yang akan diserahkan dalam satu perhimpunan rakyat.

Terima kasih.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)"

0 ulasan: