MULUT DAP MEMANG UTK BUAT PAS SENTIASA NOMBOR TIGA DALAM PR.

Hari ini, saya nak balon DAP. Terutama, dua malaon bernama Karpal, dan seorang lagi Lim. Dua-dua orang ini memang jenis cap ayam to the extreme of monkey.

Sebelum apa-apa, cuba korang baca ni dulu;
 PAS: Karpal tak harus cakap ikut sedap hati saja

Ini saya petik dari MalaysiaKini. Sebuah portal berita yang mendokong liberalisme.

Kemudian baca yang ini pula;
Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit

Yang ini saya petik dari harakahdaily, portal berita dari jemaah Islam PAS.

Pada sesiapa yang malas klik link di atas, meh baca dibawah ini;

KUALA LUMPUR: “Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.

Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Berikut kenyataan beliau.

Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Terbaru ialah dakwaan bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pendaftaran PAS dibatalkan.

Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.

Beliau mengkritik Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald; sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan.

Rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik kian bertambah runsing dengan melonjaknya kadar retorika perkauman, kurangnya toleransi agama serta kebencian di negara ini.

Kerisauan sebegini tidak wajar dibiar terpinggir dan diputarbelitkan dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas kononnya Karpal mahu PAS dibatalkan pendaftarannya.

Apa yang diperlukan kini ialah supaya warga Malaysia yang rasional dan patriotik untuk mengekalkan fokus mereka menuntut supaya segala retorika perkauman kebencian dan kurangnya toleransi agama ini kian berkurang kerana ia jelas berlawanan dengan nilai-nilai wasatiyah dan inklusif yang dirangkum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam polisi 1Malaysianya, selain di kempen antarabangsanya ke arah ‘Global Movement of Moderates’.


Ini adalah perkataan yang biasa dibuat oleh ahli politician, apabila mereka baru tersedar, mereka telah terlanjur cakap benda yang bodoh lagi nonsense. Yang ajaibnya, tiada langsung permohonan maaf oleh Lim tentang mulut cap nangka si Karpal yang sentiasa memusuhi perjuangan Islam walau sudah lumpuh berkerusi roda.

Yang pelik bin ajaibnya, penafian Lim membuatkan orang Islam lagi menyampah dengan DAP, apabila beliau berkata bahawa, tindakan Karpal yang mengkritik PPMM yang memperjuangkan agenda Islam adalah satu keperluan dan seperti perjuangan DAP, yang sememangnya mahukan isme sekularisma diterap secara total didalam negara Malaysia.

Kan ke bodoh ayat yang diperkatakan Lim namanya tu jika difikir dalam konteks untuk menaikkan majoriti Melayu Islam untuk mengundi PAS. Apa yang saya nampak, perkataan Lim itu hanya untuk kepentingan mempopularkan DAP dan menghancurkan lagi PAS mendapat undi orang Melayu.

Jika sesiapa yang membaca blog ini masih tidak nampak, DAP bertanding di tempat majoriti bukan Islam. PAS bertanding ditempat majoriti Islam. Maka sinonimnya, segala perkara yang sedang diperkatakan oleh PR atas mulut DAP atau PKR sekalipun adalah menjuruskan untuk mendapat undi orang bukan Melayu. Maka, apa jadi dengan PAS? Akan sentiasa nombor ketiga selama-lamanya dalam Pakatan Rakyat?

PAS mesti kehadapan didalam isu Islam. Maksud kehadapan ialah, dengan pemikiran politician. PAS perlu meraih undi dari semua jenis manusia. Yang beriman, yang bertaqwa, yang fasiq, yang munafiq, yang jahat, yang lalang, yang bodoh, yang tidak kisah, yang malas membaca dan yang mangkuk. Semua ada. malah undi dari drug addict dan perogol sekalipun, adalah sah disisi undang-undang SPR selagi mereka tidak dipenjarakan.

Didalam kes isu, saya ambil contoh isu kalimah Allah, yang dari segi hukumnya, ada khilaf, diperlukan minda yang diluar kotak untuk PAS melihat, rakyat yang mengundi mereka terarah ke mana? Lebih selesa dengan puak Kristian menggunakan Allah sebagai nama Tuhan mereka atau sebaliknya?

Jangan hendak tipulah jika mengatakan majoriti umat Melayu tidak risau dengan agenda puak kristian yang sememangnya hendak memesongkan akidah orang Islam. Memang itu tujuan mereka. Allah dah beri amaran kepada kita, mereka, (Yahudi dan Nasrani), tidak akan menyebelahi Islam, selain, kita tunduk kepada kehendak mereka.

Maka, kenapa suara 2 Harun disenyap sunyikan oleh PAS? Padahal dari segi mendapatkan undi Melayu atas pagar, adalah menjadi keperluan isu ini disuarakan oleh suara dua insan yang fakeh agama ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?