Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, November 11, 2013

ABANG MAT AKAN KALAH SEBAB SYIAH!

Apa dasyat punya tajuk posting saya kali ini. Biar betul, Mat Sabu akan kalah sebab dia Syiah.

Tidak. Tidak.

Tajuk diatas hanya untuk mengundang kalian semua untuk membaca artikel saya ini.

Tajuk diatas adalah untuk kalian menjenguk blog saya.

Tajuk diatas tiada kena mengena dengan Mat Sabu. Cumanya, ianya ada kaitan dengan perangai kita, yang akan membaca berita-berita sensasi, yang separa betul, yang tipu, yang gosip, yang mengarut.

Kalian semua jarang akan membaca perkara-perkara yang ilmiah. Yang berakhlak, yang menuju kepada kebenaran, walau pahit ditelan.

Inilah kita, didunia politik yang cintakan gosip dan glamer.

Maaf abang Mat. Saya tidak menuduh abang Mat Syiah, hanya hendak mendidik pembaca blog, agar berfikir diluar kotak jika menerima sesuatu berita dari para blogger......

Dan kepada mereka yang suka bergejuis. Jika abang Mat menang ke, atau Dato Nik Amar ke yang menang. PAS tetap akan sama. Memperjuangkan Islam tertegak dibumi Allah ini.

0 ulasan: