SAYA BENCI KOMUNIS, TAPI SAYA SETUJU ABU CHIN PENG DIBAWA KE SETIAWAN.
Hari ini, saya tidak mahu bercerita tentang ulama. Cerita ulama, telah saya ceritakan sedikit semalam. Hari ini, saya hendak bercerita tentang seorang manusia. Yang dikenali sebagai Chin Peng. Walaupun itu bukan nama sebenarnya, tetapi orang Malaysia hanya tahu, nama beliau adalah Chin Peng.
Semua orang tahu, Chin Peng ini siapa. Tak perlulah saya bercerita disini.
Cumanya, yang membezakan ialah, pendapat orang mengenai beliau.
Setelah mati, pada hari Malaysia, terdapat 2 golongan yang timbul yang telah menghuru-harakan akhbar-akhbar dan media-media, samada elektronik atau pun alam maya. 2 golongan itu, sibuk yang melampau bercerita berkenaan abu mayat Chin Peng. Walau mayatnya belum dibakarkan lagi, isu abu ini telah berkumandang.
Isu yang dimainkan tidaklah se glamour mana. Isu celah gigi sahaja. Tetapi ianya telah menjadi gila, sebab abu mayat itu adalah orang yang dikenali sebagai Chin Peng.
Sesiapa yang komunis, yang sosialis, yang Marxis, maka sudah tentu, mahukan abu mayat ini dibawa balik ke Setiawan, tempat lahirnya. Begitu juga, sesiapa yang berbangsa Cina, sudah pasti kecenderungan untuk melihat abu mayat Chin Peng ini disemadi di kampung halamannya, Setiawan, Perak.
Kepada yang kapitalis, liberalis, demokratis, maka ada 2 pecahan. Satu mahukan abunya diharamkan ke Malaysia, dan satu lagi tidak kisah nak buat apa pun pada abu itu. Cumanya, yang Melayulis, majoriti tidak mahu mayat abu Chin Peng ini di bawa balik ke Malaysia. Sebab, ramai askar Melayu yang terkorban kerana dibunuh komunis.
Bagi Islamis, maka Roslan SMS sudah bercerita panjang berkenaan hal ini. Korang semua bacalah blog beliau.
Namun, bagi saya, isu balik atau tidak abu mayat Chin Peng ini bukan kerana dia ini komunis, pengganas, musuh Malaysia, atau 'pejuang kemerdekaan'. Tetapi, pokok pangkalnya ialah, pada masa perjanjiian damai antara Kerajaan Malaysia dan PKM dahulu, salah satu syarat yang di tandatangani bersama adalah, semua pengganas komunis Malaya, tidak kira apa pangkat, dibenarkan balik ke Malaysia atau datang ke Malaysia atas lawatan sosial.
Maka disitu, menunjukkan, Kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian yang dibuat bersama. Itu pasti dan itu adalah benar. Berkenaan dengan apa yang orang anggap kepada Chin Peng itu, boleh dibawa ketepi kerana isu itu, bukan kerana kita benci dia, bukan kerana dia telah bunuh ramai askar Malaysia. Tetapi, isunya ialah, kita telah melanggar perjanjian damai yang kita telah tandatangani.
Maka, dimana maruah orang Malaysia?

Ulasan