Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Julai 10, 2013

TERKINI DARI MESIR!

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, sedaya yang termampu, akan saya terbitkan kisah Mesir setiap hari di blog saya ini. InsyaAllah.....

Terawih dan qiamullail sambut ramadhan di Rabiatul Adawiyah

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana. Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.

Terbaru....Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

qiamullail 
qiamullail 
qiamullail 

Ini pula adalah gambaran suasana terawih di Rabiatul Adawiyah

Terawih di Rabiatul Adawiyah

0 ulasan: