PRU13; PAS AKAN KALAH DUN HULU BERNAM?

Hari ini saya demam. Atau lebih tepat, sakit urat.

Semalam 'all-out' berkempen dari rumah ke rumah memenangkan calon PAS di DUN N05, Hulu Bernam. Tidak tersangka pula badan saya ini sudah tua. Esoknya (hari ini), badan demam. Masa dahulu, atau lebih tepat, 3 tahun dahulu, dari subuh ke subuh boleh buat kerja kempen. Tetapi, sekarang ini, badan saya sudah sedikit season.

Mungkin tubuh saya ini tidak boleh memandu kereta dalam keadaan letih. Mungkin. Namun, saya perlu menyihatkan diri, kerana esok malam atau Sabtu pagi, perlu ke Terengganu untuk menghantar isteri mengundi di PArlimen Kuala Nerus.

PRU13 ini, saya tidak menjadi PACA. Berikan kepada orang baru membuat kerja itu. Saya telah 'diturunkan' tanggungjawab untuk menjaga Barong. Waktu sekarang, sebelum hari mengundi, tugas saya adalah menjaga urusan pengundi. Buku senarai pemilih untuk UPU Kuala Kalumpang sudah settle dengan culaannya. InsyaAllah, jika semua penyokong PR mengundi, kenaikan jumlah undi berbanding tahun 2008 di UPU ini adalah dalam genggaman. Itu belum dikira kepada pengundi atas pagar.

Sokongan India yang dahulunya saya beranggapan dalam lingkungan 30%, rasanya sudah dibuat andaian salah oleh saya. Saya telah berburuk sangka kepada orang India. Sebenarnya, sokongan India, bagi konteks Hulu Selangor, masih berada diatas 60%. Ini adalah satu berita yang baik untuk calon DUN Hulu Bernam.

Untuk undi Melayu pula, masih lagi dalam keadaan samar-samar. Melayu di Hulu Bernam ini masih susah dibuat culaan. Mereka ini masih lagi didalam keadaan tidak tahu hendak mengundi siapa. Apa-apa pun, aura Mat Taib, memang sungguh terkesan di Hulu Bernam. Pengundi Melayu disini telah membuka mata untuk memangkah selain bn.

Namun, kebarangkalian untuk PAS menang kerusi DUN Hulu Bernam ini masih tidak mampu saya sahkan. Senang cerita, dari segi pendapat peribadi saya, untuk menang di DUN ini adalah 50-50. Satu angka yang boleh menang. Dan apa-apa pun, yang penting, jika PAS menang di kerusi ini, ianya adalah kerana bantuan Allah SWT. Kerana jika dilihat dari kekuatan, bn mengatasi kita. Dari zahiriah, memang bn mengatasi PAS, tetapi dari segi batin, kekuatan dalaman masih PAS unggul dihadapan.

Saya tertarik ungkapan seorang pengundi di sini, yang rumahnya penuh dengan bendera dacing, penuh dengan banner bn, memberitahu kepada kami yang sedang meraih undi kepadanya,

"Dacing dan 2 bulan sabit, semua tu dunia. Tetapi yang ini, adalah untuk akhirat", kata makcik umur 60-an kepada kami. Maksud yang ini itu, beliau tunjukkan jarinya kepada lambang bulan mengembang. Ya Allah, tidak tersangka, makcik bn itu memberi tazkirah pendek kepada kami, dan apa yang dikatakan makcik itu, memang betul!! Takbir!!!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, saya rasa tersebak membaca ruangan ini. 1. Dalam keadaan yang saya rasa telah dimamh usia masih terus berjihad disbanding dengan saya yang sehat dan segar beggar tidak dapat bersama dalam berjihad seperti saudara.
2. Mak cik yang umur 60an mungkin sebaya dengan saya walau diluarnya penuh dengan dacing singit tetapi jiwanya masih utuh kepada kebenaran mungkin ramai lagi yang seperti itu...
Apa pun saya antara yang berdoa semuga PAs Berjaya mencapai cita2nya memenagan PRU 13 ini. Amin! Amin! Amin.
sot berkata…
Ayuh rakyat Malaysia. Tunaikan tanggungjawab kita esok di peti undi. Keluarlah mengundi awal pagi. Kemudian sama2 kita pantau dan menjadi rukun tetangga PRU13 supaya tiada warga asing pengundi hantu yang berani datang tunjuk muka untuk menipu kita dengan sama2 membuang undi. Kita tidak mahu nasib negara ini ditentukan oleh warga Filipino, Nepal, Bangla, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Laos, India atau Indon. Jangan berani menipu lagi. Enough is enough.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?