ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR WAJIB BAYAR SAMAN DARI RAKYAT SELANGOR YG MENYAMAN MEREKA.
Kawan-kawan semua pasti tahu cerita berkenaan dengan 2020 ribu manusia di Selangor yang telah menyaman Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas sebanyak RM1.15 juta. Semuanya kerana mereka kata, kerajaan yang memerintah Selangor sekarang, Pakatan Rakyat, tidak memenuhi janji pilihanraya umum yang ke-12, pada tahun 2008 dahulu, iaitu air percuma untuk 20m3 pertama. Jika tak tahu, baca sini .
Sebelum ini, seramai 711 manusia di Selangor sudah menyaman dengan perkara yang sama terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mereka saman dalam lingkungan RM0.5 juta.
Dan perlu juga diketahui bahawa, semua mereka itu adalah manusia yang menetap dibawah rumah yang meter airnya adalah bersepadu, bukan meter individu.
Semasa PRU12 dahulu, yang bertanding menentang barisan nasional dahulu adalah PAS, PKR dan DAP. DAP sendiri-sendiri, manakala PAS dan PKR atas nama kerjasama Barisan Alternatif. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Jika manusia-manusia Selangor itu menyaman 'Pakatan Rakyat', agaknya, korang semua akan kalah.
Tetapi, bukan itu yang hendak saya nyatakan didalam artikel ini. Apa yang hendak saya utarakan ialah, apakah reaksi kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kes saman ini. Adakah Kerajaan Selangor akan lawan, menentang dan menganggap, mereka yang menyaman mereka ini adalah 'musuh'.
Jika ya pun, yang mengetuai kes menyaman ini adalah puak umno dan bn, adakah kerajaan Selangor akan 'berperang' dengan mereka?
Jika ya, pihak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan 'berperang' dengan mereka, maka saya rasa, bn dan PR adalah sama sahaja. Tidak berjiwa rakyat. Jika ada berjiwa rakyat pun, ianya tidak merangkumi semua manusia baik mereka itu menyokong PR, tidak menyokong PR, menentang PR atau atas pagar. Kerajaan Selangor akan sama seperti kerajaan Selangor semasa zaman umno dahulu. Menganggap, apa-apa yang ditentang oleh mereka, lebih-lebih lagi pembangkang, adalah satu perumpamaan menentang mereka dan semuanya adalah kerana berkaitan dengan politik.
Saya kira, apa yang perlu kerajaan Selangor lakukan ialah, membuat kerja yang 'mesra alam' dengan manusia-manusia yang menyaman kerajaan Selangor. Walau apa pun yang hendak dipertahankan oleh kerajaan Selangor, yang beranggapan, bahawa sebenarnya Syabas yang salah kerana tidak mengindividukan meter air kepada rumah yang bersepadu meternya, ianya adalah bukan tanggungjawab manusia yang menyaman kerajaan Selangor.
Tidak harus, rakyat Selangor, yang rumah mereka mempunyai meter pukal, tidak dapat menikmati air secara percuma hanya kerana masalah Syabas dengan Kerajaan Selangor. Rakyat berhak untuk mendapatkan hak mereka untuk menikmati air percuma, seperti jiran-jiran mereka yang mempunyai meter air individu.
Oleh itu diharapa, pihak parti, iaitu PAS, PKR dan DAP, membantu 2731 manusia Selangor ini, untuk mendapatkan hak mereka, walaupun adanya mereka itu adalah 100% dari puak orang umno, mca atau mic. Tidak salah kita membantu rakyat yang mempertahankan haknya untuk mendapatkan air percuma daripada kerajaan Selangor, yang dahulunya, telah menjanjikan perkara itu kepada mereka (walaupun mereka tidak mengundi PR).
Hak tetap hak.

Ulasan
Dan utk membezakan kita dgn mereka, kita mesti menjadi Kerajaan yg berhati besar dan sayang rakyat.
Masalah meter, adalah masalah rakyat juga, oleh itu, kita mesti membantu mereka dalam hal ini.
Jika depa saman, maksudnya, mereka beranggapan, kerajaan tidak menjalankan tugas dgn betul. Maka kita kena terima, walau mereka mempolitikkan isu ini, kita mesti terima dgn hati terbuka, kerana org atas pagar melihat apa yg kerajaan PR sedang lakukan....
Adakah sama atau berlainan dgn rupa bn.
dlm hal ini undang2 dan syarat yg telah ditentukan perlu diikut. memanglah org2 yg terlibat itu tak da kuasa utk tukar meter air sendiri, tetapi adakah mereka dah usaha utk gese dgn pemaju dan pemilik bangunan utk tukar meter itu yg pada mulanya saya pasti ianya meter sementara semana pembangunan dilakukan. tapi puak2 pemaju itu pun penyamun jugak, nak untung lebih jadi mereka buta tak tau saja. yg mereka tau adalah potong bekalan jika tak bayar sedangkan harga yg dikenakan memang melebihi dari yg sepatutnya. kena tengok juga perjanjian semasa beli rumah tu... kalau dah sain kontrek yg menyatakan persetujuan utk menerima tawaran sistem meter begitu perkara ini perlu dibetulkan dgn berhati2 sebab kalau salah langkah pemaju atau tuan punya projek aka penyamun ini akan ambil kesempatan utk saman dan dapat kebas duit rakyat. penduduk yg terlibat juga perlu ada inisiatif utk menubuhkan wakil penduduk utk settlekan perkara ini dgn pihak penguasa (syabas). kalau asyik melolong2 duduk mengangkan kat rumah tapi bila ada puak2 yg cuba ambil kesempatan mulalah penduduk2 ini berkokok... berubahlah jangan buat perangai melayu amgok yg bonggok.
sarana saya supaya kerajaan selangor tidak akan tunduk dgn ugutan2 penyamun ini tapi selesaikan mengikut undeng2 supaya rakyat sekangor yg lain tidak rugi disebabkan saman yg didalangi penyamun2 ini.
dan rakyat yg menyaman ini harus fahan yg kerajaan sekangor dah cuba sedaya upaya utk memberi keselesaan kpd mereka berbanding dgn kera-jaan amgok laknatullah itu dulu... kalau tidak mimpilah nak dapat tawaran air free... jadi wahai melayu2 ini gunalah otak pemberian Allah...