Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Januari 08, 2012

DR HASSAN ALI DIPECAT PAS; SAPA GANTI EXCO AGAMA? SAARI? HA, HA....

Yap, memang kompem Dr. Hassan Ali kena pecat sebagai ahli PAS. Baca dalam akhbar HarakahDaily sebentar tadi (PAS pecat Hasan Ali ). Seperti yang tidak disangka, akhirnya bekas PJ Selangor telah dipecat dari PAS. Itulah, lain kali, jangan terikut-ikut dengan nafsu amarah. Inilah akibatnya. Dalam politik, provokasi adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilayan. Setelah dilayan, inilah akibatnya.

Namun, hamba sebenarnya tidak ambil kisah sangat tentang Dr. Hassan Ali ini dipecat atau tidak. Walaupun ianya perkara besar bagi kami yang berada di cawangan di tempat Melayu yang agak ultra, pasti akan bertanya apa kes Dr Hassan dipecat oleh PAS. Pihak cawangan perlu bersedia dengan berbagai-bagai pertanyaan dari 'orang-orang masjid' dan tok-tok imam yang atas pagar.  Hamba pasti umno di kampong2 akan gunakan PAS telah tunduk oleh DAP. Masak juga nanti kami hendak menjawabnya.

Yang hamba paling ambil kisah ialah, siapakah yang akan mengganti Dr. Hassan sebagai EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam nanti? Diharap, PJ Selangor jangan hanya mendengar hasil nasihat PJ3 sahaja, tolonglah dengar sekali nasihat PJ1 dan PJ2. Jangan nanti insan yang beri penerangan kepada PAS Selangor yang jadi EXCO agama, masak nanti........ ;)

0 ulasan: