SETENGAH BM, SETENGAH PPSMI, WHAT THE ****.

Apa ngengong punya cerita la. Kejap kata mansuh, kejap kata paku keranda, samalam kata kohort-kohort boleh terus bahasa Inggeris la pula.What the ayam lah ini Menteri Pelajaran. Macamna hendak jadi ketua pembangkang kalau ini punya perangai.

Mungkin Pak Din hanya pandai menjual pasir kepada Singapura tetapi bukan mentadbir negara apatah lagi menjadi penggerak kepada pendidikan rakyat Malaysia. Kewujudan seorang Pak Din akan menghancurkan institusi negara kerana ke'goyang'an didalam membuat sesuatu keputusan yang tidak konsisten didalam sesuatu isu.

Apa yang penting, isteri hamba sedang mengamuk lagi menyampah dengan golongan yang cintakan PPSMI. Menyampahnya beliau sehingga menganggap golongan ini adalah mereka-mereka yang berlagak bagus lagi ego cap ayam dengan bahasa asing, yang tidak reti-reti berbahasa Melayu.

Kenapa isteri hamba sungguh marah dengan mereka yang menyokong PPSMI? Ini kerana beliau adalah guru Sains tingkatan dua. Beliau dahulu mengajar Sains didalam bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajarnya yang semuanya tinggal diluar bandar. Yang peta kedudukan geografi rumah mak ayah anak muridnya adalah berada di Hulu Selangor. Kerana bahasa Inggeris itu, anak muridnya cukup susah untuk faham pelajaran Sains. Bukan kerana mereka bodoh, tetapi mereka tidak faham apa yang mereka baca didalam buku teks mereka yang berbahasa mereka tidak biasa berbahasa di rumah.

Disebabkan bahasa Inggeris, anak muridnya menjadi tidak berminat dengan mata pelajaran Sains. Kerana mereka hanya akan faham bila isteri hamba men'translate' apa yang terkandung dalam buku teks kepada bahasa Melayu dari bahasa Inggeris kepada mereka. Anak murid hanya dapat memahami pelajaran Sains jika gurunya mengajar didalam kelas kerana ada penerangan dalam bahasa Melayu, tetapi menjadi bodoh kembali jika mereka balik ke rumah dan ingin mengulangkaji pelajaran.

Inilah yang berlaku selama beliau mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Mulanya beliau mengajar di Felda Keratong, kemudian di Batang Kali, dan memang beliau kasihan kepada anak muridnya kerana tidak faham apa yang dibaca didalam buku teks. Mereka betul-betul bergantung kepada guru untuk menterjemah ungkapan buku teks itu dengan penerangan dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, kepada penyokong PPSMI, janganlah buat kerja ayam, terutama Tony Phua. Jangan mempolitikkan masa depan majoriti rakyat Malaysia yang inginkan menambah ilmu sains dan matematik didalam bahasa yang mereka fahami. Tolonglah anda semua selama 1 bulan, menjadi guru Sains dan Matematik, pasti anda akan merasai betapa peritnya anak-anak Malaysia hendak belajar ilmu Sains dan Matematik didalam bahasa Inggeris.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?