PRU 13 MASIH LAMBAT LAGI.

Ayam ada kaitan dengan PRU13 nanti.
Hamba cukup yakin bahawa pilihanraya tidak akan berlaku pada waktu yang terdekat ini. Kenapa pula hamba begitu yakin? Ini kerana, semalam, hari Sabtu, hamba telah pergi ke pasar dan membeli ayam seekor. Disebabkan ayam itu, maka hamba mengambil kesimpulan bahawa pilihanraya masih lambat lagi akan berlangsung,.. jika ubn itu pandai menilai sikap pengundi.

Kenapa pula hubungkait ayam dengan tarikh pilihanraya? Apa kena mengena ayam dengan PRU13? Adakah disebabkan ayam, maka tarikh pru akan dianjakkan lagi ke tahun hadapan? Jawapannya, ya.

Selagi harga ayam tidak turun dari harga RM6.50, maka yakinlah, pilihanraya masih jauh untuk diadakan.

Semalam, harga ayam RM8.60 sekilo. Harga melampau mahal. Semasa hari raya pun harga sekilo ayam adalah RM7.20, itupun sudah mahal, tetapi semalam, harga ayam melonjak gila. Kenapa harga ayam melonjak gila? Sudah semestinya untuk menguntungkan tokey ayam agar keuntungan yang melampau lebih itu akan dirasuah oleh ubn untuk masuk ke kantong duit pilihanraya mereka nanti.

Jika anda semua menginginkan sangat tahu bila pilihanraya ke 13 akan berlansung, tengok-tengoklah harga ayam di pasar-pasar basah....

Ulasan

wah! satu tinjauan dan ramalan yang sangat berasas! hehehe..

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?