BIARLAH UMNO HENDAK DEMO, ITU HAK MEREKA!

Semalam, puak umno dan perkasa telah membuat demo untuk membantah Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menyokong perhimpunan Bersih. Bagi hamba, biarkanlah mereka hendak berhimpun. Itu hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan.

Jika mereka hendak berdemo sehingga 3 juta orang pun, biarkanlah mereka. Takkan kita hendak halang dan kutuk tindakan mereka hanya kerana mereka berhimpun tidak bersetuju dengan kita. Itu hak mereka. Cumanya jika sehingga pecah cermin kereta, itu sudah kes lain. Mereka yang memecah keretalah yang perlu ditangkap, bukan pendemo yang lain.

Jika ada yang marah-marah kerana demo itu, kesesakan lalulintas menjadi kelam kabut, maka sebenarnya kita tidak layak memarahi mereka. Kerana selama ini, kita pun berdemo juga dan menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk apabila kita berhimpun. Maka, apa hak kita untuk mengata-ngata kepada puak-puak merah semalam yang berhimpun memekik-mekik menghentam Guan Eng. Biarkanlah mereka.
Kita hendak sangat demo, takkan musuh kita tak boleh?

Jika ada pendemo semalam diupah orang asing untuk bersama dalam perhimpunan itu, biarkanlah. Atas undang-undang apa yang tidak membenarkan orang asing diupah untuk bersama berhimpun? Apa hak kita untuk menafikan hak mereka untuk berhimpun? Jika mereka ada menyebut kata-kata menghasut, ambillah tindakan di mahkamah, jangan pula kita halang mereka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kita jangan jadi seperti mereka yang betul-betul fobia dengan demonstrasi. Kita jangan jadi mereka mengutuk-ngutuk terhadap mereka yang berdemonstrasi tidak menyokong kita. Biarkanlah mereka berhimpun dan menghentam kita. Kita perlu berhati besar dan menerima hentaman mereka dengan hati terbuka kerana kita bukan umno, kita bukan bn....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?