BATALKAN SAHAJA BERSIH 2.0, KITA BUAT BERSIH 2.1 PULA.

Apa yang hamba nampak, tujuan perlaksanaan demonstrasi Bersih 2.0 ini, sebenarnya, walaupun tidak dapat dilakukan di KL, ianya sudah berjaya menyedarkan rakyat apa yang dikehendaki oleh NGO ini, iaitu 8 tuntutan agar pilihanraya di Malaysia ini bersih, adil dan telus.

Dengan begitu terdesaknya kerajaan bn dengan menggunakan media massa mereka dengan sepenuh tenaga dan kudrat memburuk, memfitnah, menakut-nakutkan orang ramai tentang Bersih, sehingga dengan memakai baju warna kuning pun rakyat akan ditangkap, telah dengan sendirinya menyedarkan rakyat, betapa jahat lagi korupnya bn untuk mengekalkan kuasa.

Dengan berlebih-lebihan memburukkan Bersih, bn lupa bahawa rakyat Malaysia adalah jenis rakyat yang cepat kasihan dan akan menyokong 'underdog' jika keburukan sesuatu kumpulan itu diburukkan secara berlebih-lebihan dan terlalu tidak adil. Apa yang dibuat oleh media massa sekarang akan makan tuan.

Oleh itu, hamba cadangkan agar, perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur dibatalkan, dan diganti dengan perhimpunan Bersih 2.1 di Putrajaya pada 9 Julai juga didepan rumah PM. Amacam, terkedu polis nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?