Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Jun 15, 2011

APA PUNYA HARGA DA, SEMUANYA NAIK. TAK GUNA PUNYA BN!

Harga susu naik lagi ke Ayah?
Baru balik dari kedai runcit. Beli ayam seekor, harga RM7.90 sekilo. Melampau betul harga. Hendak beli ikan, tokey kedai kata dia tidak berani jual ikan hari ini, harga dia 'gila' sedikit. Tidak makan ikanlah hamba minggu ini. Kemudian ke pasaraya, beli susu kotak Dutchlady 1 liter, harga RM4.70 sekotak. Dibuat harga seperti 'offer' yang melampau pada tanda harganya.

Hamba beli 2 kotak. Hendak kata murah, memang harga dia yang dahulu. Sekitar RM4.70 hingga RM4.90, tengok kedai. Kemudian baru teringat, di Jusco, harga dia sudah naik RM5.10 sekotak. Adoi, rupanya penjualan penghabisan stok. Tengok tarikh luput, bulan 2 tahun 2012. Memang ye lah itu. Stok baru hamba lihat bulan 5, 2012. Tapi fikir-fikir,bak juga tuan punya pasaraya ini, tidaklah pula dia naikkan harga stok lamanya.

Namun, benda yang sentiasa wajib beli, gula 2kg, sudah naik 20 sen sekilo. Itu kes petang tadi, kes tengah hari tadi berlainan cerita.

Sudah sedia maklum, makan diluar, harga nasi putih satu pinggan banyak mana sekalipun, telah naik harga 20sen, jadinya RM1.20. Harga ayam seketul kecik pun sudah naik harga. Jadi RM3.10 seketul kecik. Jika besar, RM4.00. Jika kedai mamak, haru jadinya. Ini baru harga di kawasan daerah Hulu Selangor, harga di KL, hamba tidak tahu. Dinasihatkan, kome semua jangan makan nasi masa rehat tengah hari, kome makan angin sahaja. Selamat duit.

Agaknya, mengapa rasanya harga barang harian sudah naik macam esok hendak perang? Mengapa agaknya kerajaan Malaysia bn ini bersungguh-sungguh menghapuskan subsidi, terutama subsidi minyak, seperti negara kita ini sudah tiada duit untuk beli minyak? Namun, sebenarnya, Malaysia ini pengeluar minyak, siap eksport lagi. Siap untung gila-gila punya bilion lagi, tetapi, kerajaan tetap tiada duit.

Adakah kerajaan yang dipegang bn ini tidak reti menguruskan kewangan sehingga kerajaan tidak berduit dan terpaksa menurunkan beban kewangan itu kepada rakyat?

Apa agaknya jika pada pru13 nanti, bn masih memerintah Malaysia? Sudah tentu Malaysia akan merana. Eh, silap, bukan Malaysia, tetapi rakyatnya akan hidup merana..... Padan muka Melayu.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua nak murah,bela la lembu. Pastu sendiri perah susu lembu atau cari la susu free. Kalu org bising astro mahal, jgn guna astro mahal, kalau tol mmahal jgn guna tol. Kalau ayam mahal, bela ayam sendiri. Kalau semua mahal, tak yah dok malaysia. Cakap memang senang, buat ...