TERIMA KASIH UTUSAN MENGINGATKAN ASAL USUL PAS ADALAH DARI SEKOLAH PONDOK.

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang bencikan perjuangan Islam semenjak umno mengambil alih pentadbiran Utusan. Siapa yang tidak lupa, pada zaman 80-an dan 90-an, bagaimana akhbar umno ini banyak mengutuk dan memburukkan pergerakan Islam. Sehinggakan sanggup mengeluarkan cerita-cerita yang menghina hukum hudud dan dengan syaitannya membuat karikatur yang menghina hukuman hudud.


Setelah lama Utusan mendiamkan diri menghina terus pergerakan Islam, maka hari ini, belang sebenar Utusan ini kembali timbul. Sila baca di sini, Pas peralat pelajar agama

Setelah membaca artikel itu, tujuan utama wartawan Yulpisman Asli seperti mahu mengaitkan PAS mempergunakan pelajar Agama sekitar Kelantan untuk kepentingan politik PAS. Beliau tidak menggunakan istilah sekolah pondok, mungkin beliau begitu elergi dengan sekolah pondok.

Cara 'cerita' ini dituliskan adalah serupa sama dengan cara-cara media PAS mempersendakan umno menggunakan pelajar sekolah untuk memeriahkan aktiviti umno di sekitar Malaysia. Namun sebenarnya, Utusan telah buat silap besar kerana pada ayat akhir dalam 'cerita' ini, mereka seperti hendak melabelkan PAS telah mendidik Osama Laden kedua di Malaysia.

Sebenarnya, kesilapan Yulpisman adalah beliau lupa, asal-usul PAS itu datang dari mana. PAS adalah berasal dari sekolah pondok. Ini adalah fakta dan sirah yang tidak boleh dilupuskan. Jika terlihat sekolah pondok, maka akan datanglah Cawangan PAS disebelah sekolah Pondok itu. Jika tiadanya sekolah pondok, maka PAS mungkin menjadi seperti Parti Negara yang dahulunya gah, namun sekarang sudah mati.

Maka apabila Yulpisan menyatakan PAS mempergunakan pelajar sekolah agama, menunjukkan bahawa beliau ini akalnya adalah dibawah tapak kaki atau beliau ini memang ditugaskan untuk buat isu kurang akal untuk memburukkan PAS dimata pembaca Utusan.

Jika ya pun hendak memburukkan nama PAS, janganlah kaitkan PAS dengan pelajar sekolah pondok. Ianya seperti mengaitkan umno dengan Melayunya. Memang sahlah umno menggunakan Melayu untuk terus hidup, serupa jugalah PAS, ia adalah sebuah jemaah yang berhasil daripada pelajar sekolah pondok. Apa punya kurang idea Yulpisan untuk membuat cerita sensasi?

Hamba juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan kerana telah mengingatkan kembali ramai ahli-ahli PAS dan juga rakyat Malaysia khasnya Melayu, bahawa sekolah pondok dan PAS tidak boleh dipisahkan. Janganlah memperbodohkan rakyat Malaysia, sesungguhnya, umnolah yang sebenarnya memang sah bencikan pelajar agama kerana mereka tahu ,sesiapa Melayu yang kuat iman dan berpengetahuan tinggi tentang Islam, 90% akan menjadi ahli PAS.

Jadi, apa yang ditulis oleh Yulpisan didalam Utusan;

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

adalah benar dan patut diketahui oleh seluruh umat Melayu bahawa mereka perlu ingat kembali mengapakah PAS ini wujud di Malaysia. PAS bukan parti pak turut, parti gila kuasa dan parti boneka DAP, tetapi PAS adalah sebuah jemaah Islam adalah Parti menegakkan Al-Quran sebagai perlembagaan, Jihad sebagai jalan hidup dan syahid sebagai cita-cita.

Maka, apalagi Melayu risaukan, gantilah umno kepada PAS. PAS menjadi parti tunggak Melayu yang baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?