APA? INGAT DUIT BOLEH BAWA MASUK SYURGA KA?
Hamba seronok membaca satu laporan akhbar di dalam utusan online tadi. Sila baca di sini. Tajuknya pun menarik, "Wang tidak boleh beli segala-galanya". Namun agak dukacita, nama wartawan bagi laporan itu tidak ditulis diartikelnya.
Seteruk-teruk cap ayam utusan meloya ini, ada juga artikel yang boleh digunapakai. Memang benar apa yang dicatitkan pada artikel itu,
'BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat'
Siapakah yang dinyatakan olehnya bagi ayat 'sesetengah orang'? Adakah hanya kepada pemilik Mercedez itu, atau....? Suami Rosmah? Timbalan dia? Raja Sarawak berambut putih? Wak Jawa?
'Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.'
Cuba baca berulang-ulang kali ayat di atas. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu, baca betul-betul, hadam ayat itu sehadam-hadamnya, dan praktikkannya semasa dalam hidup harian sewaktu hari berkempen pilihanraya dan hari mengundi.
Jika ada segolongan manusia yang menghulur rasuah undi, undi aku dapat ini,.... maka cuba ingatkan balik ayat-ayat di atas, agar kita orang Melayu tidak akan menyesal di dunia dan di akhirat nanti.
Mengundilah dengan betul-betul wahai orang Melayu, jangan anggap dengan wang ringgit, hidup kita akan selamat dunia dan akhirat.

Ulasan