CERITA SEBENAR DISEBALIK BERITA; "AMBIL SERIUS BUDAYA POLITIK NEGATIF SEMENANJUNG"

Antum semua ada baca akhbar utusan online bertajuk "Ambil serius budaya politik negatif Semenanjung". Jika belum, sila baca di sini. Ada udang disebalik mee daripada cerita-cerita berkenaan.

Mari kita lihat satu per satu kenyataan yang dibuat oleh Hisyamudin.

"Isu politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi kuasa, itu semua dibincangkan dengan Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Maksud sebenar;
BN akan usaha sedaya upaya berkempen secara politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi mengekalkan kuasa di negeri Sarawak.

Ditanya apakah persiapan pihak berkuasa untuk menangani ancaman budaya politik negatif itu, Hishammuddin berkata sebagaimana di Semenanjung, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.

Maksud sebenar;
Siap kau pembangkang. Pihak berkuasa akan mengacau dan menghalang semaksima yang mungkin pada hari berkempen dan sebelum hari penamaan calon.

"Saya berkongsi aspirasi dan harapan dengan Ketua Menteri, janganlah kerana politik kita ketepikan dan gadaikan keharmonian.

Maksud sebenar;
Pusat dan Ketua Menteri akan lakukan apa sahaja untuk survival politik BN.

"Lihatlah di luar sana, negara-negara yang maju dan merdeka lebih awal daripada kita berada dalam keadaan huru-hara, janganlah sebab politik, ia berlaku pula di sini (Sarawak)," tegasnya.

Maksud sebenar;
Sebutan 'negara-negara maju dan merdeka lebih awal' sebenarnya bermaksud negara-negara pemerintahan yang zalim dan kuku besi serupa BN di Malaysia.

"Kita tidak akan ambil tindakan selagi tiada bukti mencukupi dan jelas bahawa mereka melanggar undang-undang, ini bukan berkaitan politik," katanya. (penjelasan berkenaan radio free sarawak)

Maksud sebenar;
Hangpa hendak masuk ISA kaa?

Mainan politik tipu umnoapco. Cakap lain, maksud lain. Hanya orang Melayu sahaja yang kurang tahu..... Undilah lagi bn. Padan muka......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?