Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 23, 2013

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS)

Saya saje layan blog sendiri untuk artikel yang lama-lama,.. kemudian terjumpa yang ini. Oleh sebab ianya terlalu menjiwai diri saya, maka saya perturunkan semula kepada gejuis yang menyokong blog cap ayam saya ini,.. sila layaaannnnn......

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS).

Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'.

'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah.

Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak main. Hamba hanya layan lagu berat. Mula-mula bersama dengan Metallica. Kemudian dengan Sepultura. Ada sikit-sikit layan Black Sabbath. Iron Maiden tak main. Lembut sangat.

Kemudian datang Cromok. Layan pula lagu thrash metal dari Malaysia. Walaubagaimana pun, hamba tidak suka dengan kumpulan Megadeath dan Sodom. Irama gitar dia macam cap ayam, hamba tidak berkenan.

Namun, walau hamba berjiwa keras ketika itu, hamba suka dengan politik. Krisis umno pada 86, hamba masih ingat. Masa itu hamba darjah 4. Ayah hamba orang umno. Team A. Mungkin sebab Anwar berada dalam team A. Sepupu hamba yang sebaya dengan ayah, team B, dan kemudian, masuk Semangat 46. Masih ingat sampai sekarang, PRU1990, ayah ada kata, jika umno kalah, punah peranda orang Melayu. Masa itu hamba tingkatan 2.

Semasa tingkatan 2 itulah, hamba telah dizombikan akal untuk menjadi manusia assobiyah Melayu. Asobiyah Melayu dan thrash metal. Jalan serentak. Sebab itu sehingga sekarang, hamba menganggap, mat-mat rock dan rempit sekarang ini, tidak semestinya bodoh berkenaan politik. Kerana hamba yang dianggap akal 'rosak' ketika itu, tetap tahu perjalanan politik tanah air.

Nak kata solat tiap-tiap waktu, hamba mengaku, ketika remaja dahulu, hamba lalai dalam solat. Tetapi nak tahu apa, hamba berjinak dengan PAS, ketika hamba tingkatan 3. Ketika hamba layan lagu thrash metal, ketika hamba masih lalai dengan solat, tetapi, hati ini terdetik untuk mendekati Parti Islam SeMalaysia. Hendak tahu sebab apa? Sebab hamba suka membaca. Ya, suka membaca. Mamat thrash metal pun pandai membaca. Jangan under estimate brother.

Oleh itu, kita jangan anggap, mat-mat remaja sekarang ini, yang suka rempit-rempit, yang suka hu ha hu ha, mereka bodoh politik, bodoh tak reti membaca hal-hal berkaitan peristiwa terkini. Mereka tahu, tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa tidak kisah? Sebab orang yang 'reti', tidak ambil port tentang mereka. Yang tahu, salahkan remaja, yang tahu, salahkan belia, yang tahu, maki hamun mat rempit, yang tahu, memboikot minah k-pop.

Sebab itulah pasal, ada 3 juta lagi manusia yang tidak mendaftar mengundi. Sebab mereka macam hamba dahulu. Kepala keras. Selalu head banging. Skru kepala dah longgar. Asyik dengar lagu Leper Messiah. Asyik layan Master of Puppet. Oh ya, lupa pula, lagu yang paling lembut hamba boleh dengar, adalah lagu Nirvana. Layan alternative pulak.

Beneath the Remain, Troops of Doom, Arise, lagu ni, mesti orang tidak kenal dan tidak pernah dengar, sebab dalam radio pun, tidak akan didengarkan oleh DJ. Jika cerita pasal Brazil, orang cerita pasal bola, tetapi, hamba cerita pasal thrash metal, Schizopherenia, lagu Sepultura yang famous. 

Tetapi, itu ketika dahulu. Ketika dunia ini dalam keadaan lalai. Ketika Al-Quran tidak dibaca. Ketika sejadah tidak dibentang untuk disolat lengkap 5 waktu. Ketika jiwa memberontak. Namun sekarang, kesukaan kepada 'itu' sudah dibuang jauh-jauh. Islam pula menjadi kesukaan gua......

AKIBAT GOPOH DAN TIDAK SABAR..

Akibat tidak sabar, gopoh dan mungkin tak redho, inilah akibatnya......


3:33PM Mei 23 2013  

Anggota Parlimen Serdang daripada DAP Ong Kian Ming disiasat polis berhubung ekoran kesilapan menuduh seorang pemilih berdaftar sebagai warga asing yang cuba mengundi semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Pegawai polis daripada Bukit Aman menghabiskan kira-kira sejam merakam percakapannya di pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor pada Selasa.

NONE"Beliau memberitahu siasatan berdasarkan laporan media yang disiarkan sehari sebelum ini (Isnin) di The Star. Saya sedang disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan," kata Ong ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya sama ada individu terlibat memfailkan laporan terhadapnya, Ong (kiri) berkata laporan dibuat oleh pihak polis sendiri.

Lelaki keturunan India dengan nama Cina Chua Lai Fatt sebelum ini dituduh sebagai pengundi asing.

Ong dilaporkan mengetengahkan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan Suruhnjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4 Mei, sehari sebelum pilihan raya umum.

Menyedari kesilapan itu, Ong bagaimanapun dilapor memohon maaf dan mahu bertemu dengan Chua dan keluarganya angkat Cinanya yang memberikan nama itu bagi menyatakan perkara itu secara peribadi.

BEKAS HAKIM INI SEBENARNYA IDEA BELIAU MEMANG BAGUS.

Setelah membaca episod kedua dari MalaysiaKini berkenaan kenyataan oleh bekas Hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah, maka saya berpendapat, apa yang diperkatakan oleh beliau itu, ada betulnya. Kepada sesiapa yang belum baca episod dua, sila ke sini; 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar'

Pada episod pertama, daripada 3 isian yang beliau nyatakan, saya setuju 2. Satu isian yang mengatakan Cina khianat Melayu, itu saya tidak boleh terima.

Tetapi, isian yang keempat ini, berkenaan cadangan beliau untuk merizabkan tanah untuk orang Melayu di bandar, di kawasan petanian, di kawasan pelancongan, itu memang saya bersetuju.

Cadangan beliau untuk mengukuhkan ekonomi orang Melayu juga adalah satu langkah yang bernas dan masuk akal. Lebih-lebih lagi, cadangan beliau untuk meramaikan umat Islam di bumi Malaysia ini, lagi elok kita fikirkan.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan dari yang kusut sebelum ini adalah, bekas hakim ini sebenarnya adalah seorang manusia yang sungguh mengambil berat akan permasalahan umat Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mungkin introduksinya adalah lari sedikit dengan menyalahkan orang cina, tetapi apa yang saya nampak, beliau sebenarnya menghentam umno yang dengan jelas, tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menaik taraf hidup orang Melayu.

Di bandar Kuala Lumpur, yang hanya tinggal tanah milik orang Melayu adalah Kampung Baru. Itu pun sedang didalam proses untuk penghapusan sedikit demi sedikit oleh puak umno untuk kepentingan perut masing-masing.

Dahulu, ada banyak kawasan setinggan di bandar KL. Dimana, ianya sekarang sudah dihapuskan 100% oleh pihak DBKL. Tahukah anda semua, sebenarnya kewujudan rumah setinggan ini adalah atas usaha bekas MB Selangor dahulu, yang menginginkan agar orang Melayu mendapat tanah didalam bandar KL. Tetapi, usaha beliau itu disesiakan, oleh orang melayu umno sendiri.

Sekarang, orang Melayu bandar, hidup dalam kemiskinan. Tinggal di rumah PPRT, rumah pangsa yang bertingkat-tingkat yang tiada tanah.

Sebenarnya, orang Melayu yang menetap di bandar, sudah mempunyai kekuatan ekonominya sendiri dengan berniaga kecil-kecilan. Terutama berniaga makanan. Berniaga di pasar malam, pasar harian dan sebagainya, orang Melayu bandar sudah biasa dengan perkara itu. Sekarang ini, generasi kedua, iaitu anak kepada 'tokey' gerai kecil-kecilan, sedang didalam proses mengambil alih perniagaan keluarga mereka. maksudnya disini, empayar kecil perniagaan orang Melayu, sedang berkembang.

Maka disini, atas kapasiti Pakatan Rakyat yang telah memenangi Selangor untuk sepenggal lagi, maka satu mekanisma untuk mengukuhkan emapayar kecil perniagaan Melayu ini perlu dipupuk semoga ianya menjadi satu empayar yang besar. Isian roh Islam juga harus ditiupkan semasa didalam proses ini, agar empayar perniagaan Melayu ini bukan bergelar mepayar perniagaan nasionalis, tetapi lebih kepada empayar perniagaan Islamis. Kenapa Islamis? Kerana kita tidak mahu kapitalis menjadi anutan kepada Melayu yang berjaya didalam perniagaan ini.

SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN.

"Pengkhianatan Orang Cina itu benar". Puih. Dasyat betul tajuk berita dari akhbar internet, MalaysiaKini. Memang dasyat yang melampau.

Ada sesiapa yang sudah baca berita itu? Jika sudah, bagus, anda semua dibenarkan untuk terus membaca artikel saya ini. Jika belum, tolong baca dahulu, kerana jika anda semua hendak faham apa yang hendak saya tulis, anda perlu membaca dahulu entri ini; 'Pengkhianatan orang Cina itu benar'

Saya sebenarnya, tidak mengenali langsung bekas hakim yang bernama Mohd Noor Abdullah ini. Saya tidak kenal dia. Adakah dia hakim yang baik? Adakah beliau hakim yang adil? Adakah beliau seorang yang nasionalis? Adakah beliau seorang yang Islamis? Itu saya tidak tahu. Tetapi, dengan pembacaan dari artikel dari MalaysiaKini itu, saya dapat anggapkan bahawa beliau seorang nasionalis Melayu. Seorang yang assobiyah.

Ada 3 isi penting yang hendak diutarakan oleh beliau dalam teks ucapan yang telah direkodkan oleh MalaysiaKini yang telah dipisahkan kepada 3 episod. Didalam episod yang pertama ini, isi yang penting diutarakan oleh bekas hakim ini adalah 3 isian.

Saya hanya hendak mengupas 2 isi sahaja untuk artikel saya pada kali ini.

Satu, berkenaan dengan Cina sudah khianat Melayu.

Kedua, sekolah jenis Kebangsaan.

Apabila, introduksi ucapan bekas hakim ini adalah menyatakan bahawa Cina telah khianat Melayu kerana ingin membolot kuasa politik, nampak sangat ada kecelaruan mental aritmatik pada akal bekas hakim ini. Saya tidak nampak, dari segi logik mana, orang Cina, hendak mengambil kuasa dari orang Melayu. Memang saya tidak nampak. Jika sesiapa ada yang nampak, tolong jelaskan kepada saya, dimana, orang Cina sedang bertungkus lumus untuk mematikan kuasa politik orang Melayu. Dimana??

Apa yang saya nampak, didalam 38 kerusi yang dimenangi DAP, kesemua lawan kepada calon DAP itu adalah BUKAN orang Melayu. Yang dilawannya, MCA, Gerakan dan SUPP. Dimanakah adanya satu kerusi yang dimenangi oleh DAP, adalah kerana berlawan terus dengan umno? Ada? Tiada? Tolonglah jangan tipu saya. Memang ada, satu, di Johor, dimana sepatutnya kerusi Parlimen itu adalah milik MCA, tetapi telah dirampas umno untuk berlawan dengan Lim Kit Siang. Satu kerusi, Cina menang lawan Melayu.

Tetapi jangan hanya ingat kepada Gelang Patah, lupakah pula parlimen Raub di Pahang. DAP menang menentang MCA disana, tetapi yang mewakili DAP adalah orang Melayu. Kenal Mohd Ariff Sabri? Melayu menang lawan cina bn.

Kot ye pun, Cina menang semua kerusi yang ditanding, biarlah dia, kerana yang dia lawan pun, asal dari orang Cina juga. Apa yang kurang akalnya bekas hakim ini?

Sepatutnya, apa yang perlu dihentam oleh bekas hakim ini adalah menghentam selunyai-lunyainya PAS, yang memang sah, berlawan 90% dengan parti melayu umno. Dimana kerusi majoriti Melayu, disitulah terletaknya PAS. Hendak pula saya bertanya, PAS ini bukan orang Melayu ke? Bukan orang Islam ke? Jika melayu umno kalah, yang menang nanti, Melayu PAS pula. Jadi,.. apa masalahnya wahai tuan hakim?

Ok, saya akan berhenti setakat disitu untuk isian pertama. Tidak mahu saya panjang-panjangkan perkara yang melalut dari akal pemikiran manusia kurang akal aritmetik.

Kita pergi ke isian yang kedua pula. Isian berkenaan dengan sekolah jenis Kebangsaan.

Walaupun saya membantah apa yang diungkapkan oleh bekas hakim ini berkenaan dengan orang Cina khianat Melayu, maka untuk cerita berkenaan dengan sekolah jenis kebangsaan ini, saya menyokong beliau 110%. Memang saya menyokong beliau 110%.

Kerana apa saya katakan begitu? Kenapa saya beranggapan bahawa sekolah jenis ini membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia? Kerana memang ya pun ianya membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia.

Satunya, hanya Malaysia sahaja didalam dunia ini, adanya terwujud jenis sekolah yang khas untuk kaum Cina dan India. Hanya di Malaysia. Sehinggakan, di Singapura pun tiada sekolah jenis kebangsaan Cina ini. Di Hongkong, di Taiwan, di tanah besar Cina, mana ada sekolah Cina. Mana ada!

Disebabkan sekolah jenis kebangsaan ini jugalah, kaum cina rugi satu tahun untuk menghabiskan sesi persekolahan wajib mereka.

Sesiapa pernah mengajar tingkatan satu? Ada sesiapa yang pernah mengajar pelajar Cina yang semasa sekolah rendahnya, adalah dari aliran jenis kebangsaan Cina? Ada? Jika ada, sudah tentulah, guru-guru ini akan faham apa yang saya maksudkan. Bolehkah kita, rakyat Malaysia, menerima, seorang rakyat Malaysia, yang berumur 13 tahun, tidak tahu berbahasa Malaysia. Boleh terima ke?

Mat Bangla, yang tinggal di Malaysia, tidak sampai 1 bulan pun sudah boleh bertutur bahasa Malaysia, tetapi oleh kerana wujudnya sekolah Jenis Cina di Malaysia ini, maka sungguh ramai kaum Cina berICkan Malaysia, tidak reti berbahasa Malaysia. Ini memang parah!

Kita pun boleh membandingkan, antara orang Cina yang bersekolah Jenis kebangsaan Cina, dengan orang Cina yang bersekolah Kebangsaan biasa. Memang kita boleh bandingkan, yang mana satu yang lebih mesra kaum, yang ada ramai kawan yang berlainan bangsa, yang boleh berkompromi dengan bangsa-bangsa yang lain. Memang jelas kita boleh bandingkan.

Maka, apakah kewajaran, untuk mengekalkan sekolah jenis ini? apakah logiknya ianya diteruskan dalam abad milenium ini? Jawapannya, kerana hendakkan undi, itu sahaja...... bodoh punya politician......

Selasa, Mei 21, 2013

PRU13, BETUL KE PR KALAH SEBAB KENA TIPU?

Ada kawan saya bertanya, bagaimana caranya bn menipu dalam pilihanraya. Saya kata, bn tipu pilihanraya, bukan dengan cara black out, atau tambahan peti undi. Ianya adalah tidak boleh. Dan jika boleh, ternyata mereka yang bekerja untuk urusan PRU bagi Pakatan Rakyat seperti seorang bodoh tunggul kayu yang mangkuk hayun.

Bn tidak menipu dengan menambahkan peti undi. Memang bukan begitu cara mereka menipu. Benda yang paling asas bn boleh menipu adalah dengan menipu borang 14, borang 13 dan sampul 7. Ianya penipuan yang SAH disisi undang-undang pilihanraya.

Penipuan yang lain pula, atau penipuan yang terpenting adalah penipuan undi awal. Atau lebih tepatnya, undi pos. Percayalah, undi pos yang terkandung didalam peti undi yang disimpan dalam sarung kuning selama 5 hari sebelum pilihanraya, adalah bukan genuine dari apa yang telah dipangkah semasa proses undian awal itu.

Proses undian awal mungkin betul, kerana ada wakil calon dari PR yang memantau, tetapi proses menyimpan peti undi itu memang sungguh memusykilkan. Apa-apa pun, yang 'betul'nya, pengiraan undi untuk undi awal benar, selagi wakil Counting Agent Pakatan Rakyat buat kerja dengan efisien.

Dan yang paling terpenting ialah, PR telah kena tipu bulat-bulat berkenaan dengan dakwat kekal. Sebenarnya, penipuan yang kerap kali berlaku, yang susah untuk dibuktikan didalam mahkamah, adalah undi lebih dari sekali. Percayalah, dengan penipuan dakwat kekal ini, pada PRU13 dahulu, ramai egen-egen bn yang telah mengundi lebih dari sekali untuk memenangkan bn.

PR yang sibuk-sibuk untuk melihat orang Bangla atau Indon mengundi, telah tersilap strategi. Sebenarnya, ramai manusia yang mengundi 2-3 kali untuk memangkah bn. Namun, buktinya adalah amat susah untuk dibuktikan pada mahkamah didalam bentuk petisyen. Kerana apa? Kerana Polling agent tidak akan tahu setiap pungundi yang mengundi di saluran mereka pantau. Mustahil mereka akan tahu kesemua muka, nama, dan IC pengundi yang akan mengundi.

Undi 2 kali, bukan bermaksud mereka akan mengundi 2 kali dengan nama yang sama. Undi 2 kali itu bermaksud, beliau akan mengundi dengan menggunakan IC orang lain. Sebab itulah adanya proses membeli (meminjam sebenarnya) IC dengan harga RM200. Ianya hearsay, namun ianya memang benar-benar berlaku.

Satu lagi penipuan yang amat nyata adalah dalam senarai pemilih pilihanraya itu sendiri. Senarai pemilih PRU adalah satu-satunya senjata ampuh untuk bn terus memerintah Malaysia. Pemindahan terancang adalah satu proses yang memerlukan jentera culaan dan statistik yang terbaik untuk melaksanakannya. Disinilah, yang memberi bn satu kekuatan untuk membuat proses pemindahan terancang untuk memberikan kemenangan maksima kerusi majoriti. Bukannya ditumpukan kepada kemenangan undi popular, tetapi kemenangan majoriti kerusi yang dimenangi.

Maka, adalah amat bodoh, jika PR, mulai sekarang, tidak menumpukan kepada 150 kerusi majoriti Melayu. Kerana walau dengan penipuan yang sah dilakukan SPR dan bn terhadap proses PRU, namun jika lebih 50% orang Melayu menyokong PR, maka bn akan tumbang walau dengan penipuan yang masih berlaku.

Semua politician tahu, pilihanraya di Malaysia adalah pilihanraya yang menipu. Perkara yang paling jelas, adalah mudah. Lihat sahaja pada media massa. Dengan melihat media massa pun, kita akan kata, PRU di Malaysia adalah berat sebelah yang melampau. Tiada SATU pun media TV, Radio dan akhbar perdana, yang memberi liputan adil kepada Parti selain dari bn. Tiada satu pun!

Maka, seperti Zahid Hamidi katakan, jika tidak suka dengan sistem pilihanraya di Malaysia, tolong keluar dari Malaysia. Namun, adakah kita akan berdiam diri dengan situasi ini? Sehingga bila kita perlu berada di dalam negara yang tidak bebas media massanya? Pun begitu, nanti ada orang umno kata, 'Alaah, Singapore pun sama juga...."......

PRU13; PR KALAH SEBAB MELAYU LAA. TAKKAN TAK NGAKU LAGI..

2 hari sudah saya melayari internet setelah sudah 2 minggu saya tidak dapat berkesempatan berbuat demikian. Apa yang saya baca, kebanyakannya adalah berkisar cerita selepas PRU13. Ramai yang bercerita berkenaan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada PRU13 dahulu. Dan banyak juga cerita berkenaan dengan cerita bahawa sebenarnya PR sudah menang dalam PRU13 dahulu.

Saya adalah salah seorang manusia, sebelum PRU13 dahulu, telah terpahat didalam hati, bahawa PR akan kalah teruk di Malaysia. Bukan kerana PR tidak dapat sokongan, tetapi kerana penipuan yang melampau dari SPR.

Saya beranggapan bahawa, Kedah akan kalah, kerana Mahathir hendakkan sangat Kedah, maka penipuan akan tertumpu disitu. Pulau Pinang akan kekal dalam PR, kerana majoriti Cina berada di Pulau Pinang. Kelantan status quo. Perak PR menang. Terengganu PR menang. Selangor PR akan kalah. Negeri Sembilan status quo.

Maka yang betul dalam anggapan saya adalah, Kedah jatuh, Penang dan Kelantan kekal. Itu sahaja yang betul. Yang lain status quo betul. Tetapi ada 3 negeri yang saya telah salah buat pentafsiran. Perak, Selangor dan Terengganu.

Saya mati-mati, ingatkan PR akan berjaya merampas kembali Perak di Perak. Tetapi saya salah. Salah hanya kerana undi India tidak menyebelahi PR. Saya tidak mengharapkan undi Melayu untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kerana usaha PR ke arah itu tiada langsung. Malah, kata-kata dari kepimpinan PR adalah menjuruskan agar Melayu tidak mengundi PR (ini saya akan terangkan dalam artikel lain). Tetapi undi India tidak sesolid undi India di Selangor.

Di Selangor pula, saya memang beranggapan bahawa pada 6 Mei, bendera umno akan berkibar di Shah Alam kerana bn berjaya merampas Selangor. Tetapi, tengok-tengok, alhamdulillah, PR dapat majoriti 2/3. Allahuakbar. Saya adalah seorang manusia, yang betul-betul terkejut, selepas kecewa Terengganu kalah 15-17, rupa-rupanya, Selangor PR menang bergaya. Dan saya juga terkejut, PAS telah menang 15 kerusi DUN. Sebelum ini, pihak PAS Selangor mengatakan, dalam kertas, PAS kalah semua kerusi!

Dan yang paling saya kecewa dalam kesilapan saya dalam anggapan keputusan PRU13 adalah, Terengganu PAS tidak dapat merampas dari umno. Kurang 1 kerusi. Jika 16-16, saya yakin, Sultan Terengganu akan menyebelahi PAS sebagai MB Terengganu. Itu memang saya yakin. Tetapi, dengan kehendak Allah SWT, PAS kurang 1 kerusi sahaja untuk membentuk Kerajaan Negeri. Aduhh.....

Mengapa saya yakin sangat Terengganu akan menang. Ini kerana, saya sendiri dengan mata dan pancaindera sendiri, telah melihat perubahan mood rakyat Terengganu, terutama dari tahun 2011 hingga 2013, terutama kepada golongan muda, tsunami senyap sedang bergelora di tanah Terengganu untuk melihat perubahan dalam pemerintahan negeri. Dari Kemaman, sehingga ke Kuala Nerus, saya melihat ianya sedang membuak-buak.

Namun, saya tidak tersangka, di Setiu dan Besut, tsunami itu tidak bermaya disana. Malah ombak-ombak kecil pun tidak kelihatan di kawasan itu. Maka terlepaslah PAS untuk memerintah negeri yang ada banyak minyak, tetapi tidak ada duit.

Apa-apa pun. Apa yang saya nampak sekarang ini. Walaupun pahit untuk kita menelannya. Orang Melayu telah mengundi umno pada PRU13 dahulu. Majoriti orang Melayu, kecuali Kelantan dan Selangor, orang Melayu mengundi umno.

Saya tidak menggunakan ayat bahawa orang Melayu MASIH mengundi umno. Tidak. Saya tidak menulis beitu, kerana, pada 1999, orang Melayu telah menolak umno. Saya hanya mengatakan, pada PRU13, orang Melayu tidak mengundi PR. Hanya 2 negeri yang menampakkan orang Melayu bersama dengan PR. iaitu Kelantan dan Selangor. Walaupun di Kelantan, yang sebenarnya orang Melayu disana mengundi PAS, bukannya PR.

Di Pulau Pinang, orang Melayu juga mengundi umno. Majoriti Melayu mengundi umno. Di Terengganu, 50-50, di Perak, hancur! Yang memenangkan PR di Perak, hanya kerusi majoriti Cina. PAS hanya ada 5 kerusi. Ada menang, ada kalah. Apa-apa pun, memang sah, Melayu tidak mengundi PR pada PRU13.

Kenapa terjadi demikian? Kenapa Melayu tidak mengundi PR? Kenapa Melayu mengundi umno? Jawapannya, adalah kerana, PR semenjak 2008, hanya menjuarai cerita-cerita masalah negara. Hanya menjuarai berkenaan masalah-masalah yang sedang berlaku didalam kawasan bandar dan sub-bandar. Tidak langsung ada bercerita berkenaan apa yang orang Melayu hendakkan secara keseluruhannya. Tidak langsung menjuarai berkenaan apa-apa kes yang berkaitan dengan Melayu. Apa yang mereka tumpukan adalah apa kes-kes keMalaysiaan. Itulah kesilapannya. Kesilapan yang besar, yang tidak sepatutnya berlaku.....

AIR MATA DI WAD ICU

Baca dan semailah didalam hati.......
....................
Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.

Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.

Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.

Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.

"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.

TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.

Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.

"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakan.

TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.

Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.

- HarajahDaily

Isnin, Mei 20, 2013

NANTI SABTU, BARU NAK BAYAR HUTANG.

10 hari tidak bergejuis. Sibuk dengan kursus. Kursus yang berlansung selama 6 hari. Kursus yang dinamakan kursus API 510.

Kepada sesiapa pepuak yang kerja di oil and gas, tahulah apa maksud dengan API510 tu. Atau ASME VIII Div 1 ke. Diorang mesti tahu punya. Itulah kursus yang saya sudah ambil. Melengkapkan 40 jam wajib yang perlu ada untuk menjadi inspektor kepada PV yang hendak dibuat inspection.

Habis cerita politik di tanah air telah dibutakan oleh kursus itu.

Pengumuman barisan kabinet kerajaan 48% pun saya tidak tahu. Hanya tahu dari mulut kawan-kawan yang ada smart phone. Bukannya sebab saya tiada smart phone. Tetapi masalahnya, smart phone saya rosak. Dan masih dalam warranty. Lambat le nak siap dibaiki.....

Apa-apa pun, hari ini, baru saya buka pc. Dekat ruamh tidak boleh layar internet. 2 bulan sangkut bayar broadband. Nanti Sabtu, baru nak settlekan. ye laaa,..... Baru masuk gaji......

Jumaat, Mei 10, 2013

MB SELANGOR; AZMIN ALI, NKO DIAM JE LAAA.....

Saya rasa pelik tengok Azmin Ali nih. Tah apa-apa lah yang dia melalut dengan bos dia? Sejak bila pula Tan Sri Khalid Ibrahim ini anak beranak dengan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama anak mereka Nurul Izzah? Tak tahu pula saya Tan Sri Khalid ini ada satu keturunan dengan Wan Azizah.

Apalah kamu ni Azmin. Kot ye pun nak kritik Wan Azizah mengamalkan nepotisme, buatlah contoh yang betul sikit. Cakaplah yang Presiden ke, Penasihat ke, Naib Presiden PKR ke itu adalah dari anak beranak yang sama. Barulah betul. Ini tidak. Dia cakap nepotisme ada sangkutpaut dengan perlantikan MB Selangor pula. Pening,..pening..

Memang macam cap ayam. Seperti jugalah dengan cap ayamnya blogger celaka The Sniper dan Cipan++ yang menuduh PAS Perak kalah sebab UG. Kah! Kah! Kah! Alhamdulillah Ustaz Idris Ahmad menang. Kalau tak, habis depa kata memang sah sebab UG, PAS kalah di Perak. Siap membanggakan diri sendiri pula tu, kata 'itulah, tak ikut nasihat saya'. Ek eleee,.. macam cap ayam blogger celaka ni.

Apa-apa pun, jika mulut Azmin sudah mentahikan Presiden dia sendiri, maka terbuktilah apa yang telah saya sebut dengan rakan-rakan saya, tolong jangan undi Azmin Ali masa PRU13. Tengok, bila dia sudah menang, habis dia buat kecoh berkenaan perlantikan MB Selangor.

Korang semua jangan ingat, Azmin Ali akan membiarkan kuasa yang tidak kesampaian ini akan dia biarkan begitu sahaja. Tidak,.. sesuatu akan berlaku dalam PKR dan PR. Yang diolah oleh mamat Gombak ni. Berhati-hatilah dengan beliau. Dia punya jahat, sehingga Ezam dan Zaid Ibrahim pun kena tendang dalam PKR.

Saya tidak tahu, kenapa Anwar yang hebat itu, jika berdepan dengan Azmin, habis menjadi layu selayu-layunya..... Pelik,..pelik....

UG; UMNO DAN DAP.

Fakaq!! Lu nak kata apa lagu ni? ;

Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan
9 Mei 2013

Lim Kit Siang KUALA LUMPUR - DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang hari ini.

"Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya.

"Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.

Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons."

"Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu.

BN membentuk kerajaan persekutuan selepas memenangi 133 kerusi Parlimen mankala pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu
menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen. - Bernama

------------------------------------------------------------------

Jikalaulah diatas ini yang berkatanya adalah Ayah Chik, sudah pasti MSO, Anak Derhaka, Al-Huseyn dan Cipan++ serta blogger celaka yang lain melenting. Terutama mamat PAS dari Shah Alam tu, sapa nama dia, Khalid Samad?.. kah, kah, kah.....

Khamis, Mei 09, 2013

MSO, GFA DAN UG TU SAMA LAAAA......

Ada sesiapa yang sudah baca artikel terbaru MSO. Jika belum baca, silalah baca artikel bertajuk GFA Sekadar cakap Di Meja Kopi.

Kadang-kadang, saya rasa, MSO ini pandai, rupanya tidak berapa pandai juga. Takut-takut, nanti-nanti, ada orang kata MSO ini dah di UG kan. Naya.

Apa-apa pun, kerana beliau seorang yang tua, maka beliau telah mula-mula spin cerita seperti dibawah;

"Kerajaan untuk semua ialah kerajaan yang menggabungkan semua entiti parti besar yang ada dalam negara ini. Dalam konteks politik dan hakikatnya menggabungkan BN dengan Pakatan Rakyat. Konsep ini tentu lebih luas lagi dari konsep yang cuba digagaskan oleh segelintir bekas pemimpin  PAS semasa era Abdulah Ahmad Badawi dulu iaitu mewujudkan kerjasama di antara Umno dengan PAS atas nama Kerajaan Perpaduan - Unity Government."

Memang cap ayam punya jari jemari MSO yang tekan key board. Memang jelas-jelas hendak buat tahi pada Ayah Chik yang mengatakan UG tu nak bergabung dengan umno. Tolonglah, bertaubatlah buat kerja fitnah!!

Apa yang menariknya, MSO sudah mengutarakan konsep UG dalam blognya. Walaupun dia namakan UG itu GFA. Saya takut, nanti ada blogger celaka yang akan menghentam MSO seperti mana Khalid Samad menghentam Presidennya sendiri ketika dahulu.

Oleh itu, berlapang dadalah wahai MSO, akhirnya setelah MSO memaki dan menghamun golongan UG ini, (sebenarnya mana ada golongan UG pun, hanya dibuat2 oleh blogger celaka dan parasit), maka beliau sendiri telah seperti bersetuju dengan konsep UG, tetapi beliau segan silu dengan memberi nama baru, GFA.

Apala MSO ni......

MB SELANGOR; DAH TAU TU, TOLONGLAH MOHON MAAF PADA PAS!!

Jika saya jadi RPK, saya akan kata, 'I told you so.'

Tetapi memandangkan saya ini bukan RPK, malah hanya gejuis cap ayam, maka apa yang akan saya kata ialah, 'kan ke aku dah cakap'.

Isunya senang. Siapa hendak dilantik sebagai MB Selangor. Senang. Tetapi, hendak melaksanakannya, memang main payah.

Cuba baca ini, tentang pengetahuan saya tentang masalah hendak melantik MB Selangor ini;

MB SELANGOR; PADAN MUKA AZMIN KALAH DI KOTA DAMANSARA!

Saya berkata didalam artikel itu, kerana saya nampak, ramai orang tidak nampak apa yang sebenarnya masalah dengan permasalahan melantik MB Selangor ini sebenarnya.


Blogger celaka, sengaja mahu menunjukkan kepada para gejuis, masalah yang timbul di Selangor, adalah masalah PAS yang hendak memegang jawatan MB Selangor. Itu yang mereka fitnahkan. Yang lebih teruknya, blogger PKR dengan selamba ambil kenyataan dari Faqar yang memang jelas blogger paling celaka dalam dunia sebagai sumber fitnahnya. (Baca ini dan ini) Bodoh juga Anak Sungai Derhaka kerana kena tipu dengan Fakap.


Sekarang, timbul perkara ini pula;

PAS dan DAP setuju Khalid Kekal MB Selangor, Tapi ada yang tak setuju pulak!!!

Dan juga ini;

Betulke Zuraida Kamaruddin ni?.. Sombongnya dia...


Nampak tidak, masalah sebenarnya siapa dalam isu MB Selangor ini. Oleh itu, tolonglah jangan buat mulut tahi kepada jemaah PAS berkenaan dengan isu ini....


PASCA PRU13; HUSAM ADALAH CALON PM BAGI PAS.

Baca ni; (Dari TKOOffline)

Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi.

Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini)

Sayuti ini adalah penulis lama, tak ramai yang hidup tinggal sedikit sahaja lagi.  Mujur ada dia, boleh kita berperang idea pasal politik tanah air. Ada banyak penulis dan penganalisis politik lain yang baik tapi penulis ini bukan penulis blog.

Bila Sayuti menulis pasal Husam diketepikan. Saya rasa macam ada tak kena sahaja. Saya rasa Sayuti tak payah panaskan isu Kelantan. Tulisan Sayuti pasal Husam sebelum ini berjela-jela sudah bercanggah pula. Ramai orang komen bila kita berkawan, kita tak payah lah tulis berjela-jela pasal kawan kita.... Nanti tak ada orang nak berkawan dengan kita. Masa kita berkawan kita kata 'kentutnya wangi' tapi bila kita benci habis satu dunia tahu pasal kita 'kebel' (heboh) keburukan kawan kita itu.

Begitu juga tulisan Sayuti pasal calon parlimen di Perlis, Sayuti banyak menulis dan menyerang PAS Perlis. Ulama juga menjadi mangsa. Blogger Pakatan Rakyat terikut-ikut dan wujud polimik dikalangan blogger PR. Ini semua kerja tak bagus kalau kita sedang berperang dengan musuh.



PAS Perlis ada maklumat tentang penderian sebenar Dr Jaunda.. keraguan PAS Perlis terhadap calon cadangan PKR terbukti. Tapi PAS tak menjawab pada tulisan-tulisan dan tuduhan itu menjaga kehormanian dan suasana pada masa itu pula suasana hampir PRU. Jangan ingat PAS bodoh!!

Saya rasa pelik orang PAS berfikiran seolah-olah PAS satu organasasi bodoh dan lemah... tak ada apa-apa sekadar pak lebai di surau dan masjid.

Presiden PAS banyak kali penglibatan PAS kawasan pertikaian adalah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sendiri... Kalau tak nak dengar cakap Presiden PAS takkan nak dengar cakap Presiden UMNO!!!

Yang saya pelik, orang PAS sendiri, puluhan tahun jiwa dalam PAS tapi masih anggap PAS tak ada kajian, tak ada gerak saraf atau "intelligent" tak ada kajian... itu sebab kalau ada kajian luar, nak 'sembah' kajian luar tersebut. Presiden PAS terkena terpias ini. Maaf saya tak kata kepada Sayuti pasal dia bukan ahli PAS.

Bukan sahaja Sayuti bercakap pasal Kelantan, ada juga blogger yang pernah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangkit pasal perkara ini. Kaitkan pula dengan "Geng Perpaduang".


Dulu saya ingat orang UMNO sahaja yang suka bangkit perkara lama yang sudah berkubur. Misalnya pasal solat dua iman, pasal tak makan sembelihan UMNO. Pasal itu di Terengganu gambar Lim Kit Siang Peluk TGHH masih menjadi bahan kempen UMNO Terengganu.

Rupanya dalam blogger pakatan ada juga pemikiran UMNO. Baju aje blogger Pakatan Rakyat tapi hidup dan cara berfikir tak saling tumpah macam UMNO.
Husam cool aje dalam hal ini, walaupun ada sedikit terasa..

Husam telah membuat kenyataan media meminta isu beliau tidak dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hanya macam biasa ada sedikit Husam tak puas kerana dia tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan dalam hal ini. Mengikut Husam sepatut adakan mesyuarat dulu di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu.

Yang lain-lain tak payah nak tambah "COLOUR" dan jangan babit kumpulan itu kumpulan ini seolah-olah ada konspirasi besar nak jatuhkan Husam... NI MESTI ADA UG KELANTAN KE!!!

Tak hairanlah satu kajian post-mortem PAS sebelum ini (2008) ada menyebut 5% punca kekalahan PAS melibatkan individu tertentu adalah disebabkan persepsi buruk blogger pakatan rakyat sendiri.

Saya tak tahu berapa peratuskan peranan blogger Pakatan Rakyat menyumbang kepada kekalahan PAS Kedah.. Kalau kita anggap PAS Kedah itu ISLAM DAN PERJUANGAN Islam adakah kita rasa kita tak bertanggungjawab disisi Allah dalam hal ini??

Melainkan kita anggap PAS KEDAH di bawah Ustaz Azizan tu SAMA MACAM UMNO.. kita berkewajipan menjatuhkannya. Sedar atau tak sedar semua kita akan dihitung setaip perbuatan kita. Kita boleh menegur tapi bukan menjadi kewajipan kita untuk menaik dan menjatuhkan seseorang.

Berikanlah Kelantan bergerak dulu dengan kepimpinan baru.. jangan kita rosakknya sebelum dia mula melangkah tapak!! (TKO)

Rabu, Mei 08, 2013

JIKA KITA BERPEGANG TEGUH DGN ISLAM.....

Sila baca dan hayati.  (KISAH BENAR)....

 
Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu giliran untuk masuk melawat ahli keluarga yang sakit.
 
“Alhamdulillah, sekarang majoriti  jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu.
 
“Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.
 
“Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok  saya untuk menghidupkan perbualan.
 
“Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.”
 
Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang  30 tahun yang lalu.
 
“Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital besar di sebuah bandar. Masa tu saya sendiri masih ‘free hair’.  Pada waktu itu menutup aurat pada wanita yang berkarier masih menjadi larangan. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat….” Dia mula bercerita.
 
“Satu hari seorang wanita awal akhir 20’an, seingat saya, dimasukkan ke dalam wad yang saya menjadi antara petugasnya yang menjaganya. Sakitnya agak kronik. Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia paling menjaga waktu solat dan sentiasa dalam keadaan menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas dan doktor lelaki yang bertugas di dalam wad tersebut…”
 
Saya menanti di mana ‘istimewanya’ kisah wanita menutup aurat itu.
 
“Acap kali dia pengsan. Sebaik tersedar, pertanyaan pertamanya  ialah, apakah sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan kain tudung yang menutup auratnya.  Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.”
 
“Lama dia di dalam wad. Perihal sikapnya yang sangat menjaga waktu solat dan penutupan aurat itu sudah menjadi ‘trade mark’nya dan telah dimaklumi oleh petugas hospital dan pesakit di wad berkenaan. Bukan sahaja yang muslim, malah doktor dan petugas bukan Islam pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berdepan dengannya. “
 
“Bagaimana dengan sikapnya yang lain?” tanya saya.
 
“Sikapnya yang lain?”
 
“Maksud saya dengan keperibadiannya selain solat dan menutup aurat?”
 
“Dia baik dan hormat dengan semua orang, tidak kira Islam atau bukan Islam. Walaupun menutup aurat, penampilannya sangat dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan  masa. Tapi itulah… sakit barahnya sudah sangat parah. Tahap kritikal. Kira-kira 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling mengesankan…”
 
Saya diam.  Saya melihat suaranya mula tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir…
 
“Tak sangka lepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan… seorang doktor bukan Islam segera berkata pada saya dan rakan jururawat yang lain, cepat-cepat tutup semula, rambutnya sudah terkeluar! ….
 
Saya terkejut. MasyaAllah.
 
“Tuan bayangkan, orang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup begitulah Allah jaga auratnya setelah meninggal dunia sehingga orang bukan Islam Allah gerakkan hatinya membantu menutup auratnya.”
 
“Sejak itu?”
 
“Sejak itu saya dan beberapa orang kawan lagi tekad menutup aurat. Mula-mula tu dengan berskaf sahaja. Lama-kelamaan meningkat sedikit demi sedikit sampailah semacam ni. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya.”
 
Saya senyum. Begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah.  
 
Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir.

PRU13; HABISLAH, CINA TADBIR MALAYSIA..


Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya : 
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.