Catatan

AGENDA NAK TURUNKAN TGHH ANGKARA SIAPA?

Imej
AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah. 2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah...

KATA DUA DARI MAJLIS ULAMA ISMA.. MENARIK.

Imej
Penyakit 'Naif' yang akhirnya membunuh " Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah” katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot” Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”. Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal ...

HARGA APUNGAN RON95 RM2.58 DAN RON97 RM2.55 DI MALAYSIA! KITA KENA TIPU!!

Ramai yang tak seronok minyak Ron97 turun 20 sen 2 hari lepas. Dari RM2.75 kepada RM2.55/liter. Sebab mereka kata, minyak orang kaya telah turun, berbanding minyak orang miskin tak turun malah naik bulan lepas. Aku adalah seorang yang bergembira dengan penurunan minyak Ron97 ini, kerana aku memang guna minyak ini untuk kereta ODC RA2 aku. Banyak jimat woo, kereta 2.2cc kereta MPV Honda aku tu, jika menggunakan Ron97 berbandingkan dengan Ron95. Lebih kurang RM20-30 aku dapat jimat jika balik ke Terengganu. Pedulilah jika ada orang whatsapp yang mengatakan penambahan Octane number tidak memberi kesan apa-apa pada kereta. Yang secara praktikalnya, memang Ron97 lebih bagus daripada Ron95. Kereta aku pun tak banyak gegar berbanding aku menggunakan Ron97 dari Ron95. Tapi, bukan itu yang hendak aku cerita hari ini.. Hari ini aku nak cerita, bahawa korang semua memang sudah kena kencing berdiri oleh pepuak umno yang haru biru mentadbir Malaysia. Nak tanya,... Ron97 sekarang, harga seli...

TG ABDUL HADI DIYAKINI TERUS TERAJUI PAS

Imej
TG Abdul Hadi diyakini terus terajui Pas Posted on Wednesday, November 19 @ 19:38:42 MYT SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini masih diperlukan menerajui parti Islam itu berikutan tahap kesihatan yang semakin pulih. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu agar Abdul Hadi perlu mengundur diri tidak perlu diperbesarkan kerana kini, beliau sudah kembali mempengerusikan mesyuarat parti. "Dengan kesihatan yang semakin baik itu, insya-ALLAH Abdul Hadi akan hadir dalam mesyuarat PR sekiranya berkelapangan," katanya, semalam. Beliau mengulas laporan sebelum ini yang seolah-olah menyarankan presiden parti itu mengundurkan diri berikutan kekerapan ketidakhadiran ke mesyuarat PR dan faktor kesihatan yang semakin merudum. Katanya, isu berkaitan Abdul Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan PR. "Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang da...

GOBIND JANGAN CELUPAR. JANGAN JADI MULUT NAJIS!

Imej
Gobind jangan celupar. Jangan jadi mulut najis. Jangan kerana nak undi cina, dap buat mulut tahi dengan PAS. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Padahal kain dia penuh dengan tahi diktator anak beranak lge dan kit siang.. kenapa aku cakap kurang ajar dengan dap hari ini? Sebab umno cakap kurang ajar dengan mca hari ini MCA jangan celupar, jangan campur urusan UMNO Jika MCA lemah dan gagal pikat hati orang Cina, itu salah mereka Mohamad Fadli, Free Malaysia Today Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali… READ MORE ........................................................ Kenapa ada orang umno mulut kurang ajar dengan mca? Sebab mereka adalah good practice politician.. Depa kawan baik, tapi saja buat serang agar orang Melayu, atau target undi umno melihat umno ini power lagi excelent. Bukan cakap main-main. Oleh itu. kenapa kurang sangat pemimpin PAS yang mulut ku...

JOM KE KARNIVAL DI HULU BERNAM

Imej
Mari datang beramai-ramai ke Karnival Jelajah Tani 2014. Anjuran DUN Hulu Bernam. iklan seperti di bawah ;

DAP BOLEH KELUAR PAKATAN, SEPERTI DAP KELUAR BARISAN ALTERNATIF DAHULU..

Imej
'DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS'   Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS. Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini. Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu. “Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini. Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mem...