ISMA DAH KUTUK PKR PULAK..
Pergh.... ISMA dah kutuk PKR plak ni. Cer baca bawah ni. Semua Kajang punya pasal..... Projek New York: Anwar di Kajang bukti PR bankrap idea dan kepimpinan February 6, 2014 Berita Politik 0 BANGI, 6 Feb – Meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang kononnya untuk menjayakan projek ‘New York’ di Selangor jelas membuktikan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bankrap idea dan tokoh untuk memimpin negara. “PKR ketandusan idea dan kepimpinan. Jika PKR ada kemampuan, mereka tidak perlu membawa masuk Anwar ke Kajang, ini seolah-olah Anwar seorang sahaja yang boleh membawa agenda dalam PR. “Kenapa perlu sehingga membawa masuk Anwar ke situ? Adakah dengan peletakkan Anwar dalam DUN baru boleh meneruskan projek tersebut?” demikian bidas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berhubung kenyataan Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Ahmad. Soalnya, mengapakah kepimpinan tertinggi PR tidak boleh ‘deliver’ idea kepada kerajaan neg...