Catatan

CERITA SABASUN

Imej
" Kenyataan Media. Susulan dari Pendedahan Isu Sabasun ketika Program LEPAK SANTAI GANTI 1, Wakaf Tembesu pada 29hb.Nov 2013 anjuran Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) isu ini telah mendedahkan wajah buruk pentadbiran yg diamanahkan kepada Sang Pejuang Bangsa, Sang perkasa konon Pertahan Kesucian Agama dan berdasarkan trafik internet bagaikan goreng pisang panas. Isu ini telah menyingkap tabir nasib yg turut dialami okeh usahawan2 melayu yg lebih kecil seperti peruncit, penjaja, pasar malam, Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga. Kalau pemilik Pasaraya muslim yg gigih berdeoan badai tsunami kebanjiran pasaraya asing pun boleh dianiayai. Inikan pula yg bilis-bilis. Sabasun sepatutnya dibantu supaya jadi jenama seluruh negeri dlm 2 tahun, ke peringkat kebangsaan dlm 5 tahun!!! Bukannya ditekan supaya 'mampus baham tanoh!!!'. Sebagai Presiden GANTI, saya seru sikap masyarakat yg buat tak endah nasib sesama Islam ini diganti. Cuit peha kanan...

BARU AKU TAHU, OKU TAK LAYAK JADI ADUN!!

Imej
Hari ini, baru saya tahu, orang OKU tak layak jadi wakil rakyat di Malaysia ini, kerana mereka ini pekak atau buta atau bisu. Sesiapa dirinya itu dikategorikan sebagai OKU, jangan mimpilah korang hendak menjadi pemimpin negara atau ahli Parlimen dan DUN. Cap Ayam. Benda ini bukan saya yang cakap. Tapi Pak Brahim Ali yang cakap. Ye la. Mamat Kelantan tu. Yang kalah dengan anak Nik Aziz tu masa PRU13 dahulu. Dia kata, OKU tak layak jadi ahli DUN. Gini kata dia; "Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat." Nak lagi detail, cuba baca sini . Inilah dia, perangai orang otak cap ayam. Bila berkata, pakai sebut sahaja. Kot ye pun menyampah dengan kenaikan elaun ahli DUN Selangor, termasuk eksekutifnya, seperti saya juga yang menyampah tengok berita itu, janganlah menghina OKU pula. Yang sebenarnya, Pak Brahim Ali tu yang OKU. Akal bawah tempurung lutut!!

GILA PUNYA CERITA; SOGOKAN WANG DALAM KES PULAU BATU PUTEH.

Yang ni korang kena baca. Gila punya cerita..... Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007. Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu. "Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh. "Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya h...

PAS JANGAN BERDIAM DIRI ISU SYARIAT ISLAM

Imej
Saya nak dia ni jadi AJK tambahan PAS Pusat.... Hukum Islam: PAS tidak perlu berdiam diri Nov 23, 2013 Anis Nazri SHAH ALAM: PAS dicadang untuk segera mewujudkan portfolio penting bagi memperkasakan dakwah, selain meremajakan badan pemikir PAS, iaitu Pusat Penyelidikan PAS Pusat. Cadangan tersebut dikemukakan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohammad ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. Tegas Kamaruzaman, PAS sebagai sebuah gerakan massa yang memperjuangkan hukum Islam tidak perlu berdiam diri dalam soal memperkasakan hukum Islam yang menjadi perjuangan PAS selama ini. "Suara kita makin kendur, sehingga ada yang mengatakan sudah dekat pilihan raya jangan sebut tentang hukum hudud kerana bimbang orang Cina tidak memberi undi. "Namun, UMCedel pada 2002 telah membuat kajian mengatakan pen...

PEMUDA PAS DAH ANTI KEPIMPINAN ULAMA?

Lama sudah saya tidak bergejuis. Kerana apa lama tidak bergejuis? Maka jawapannya adalah, semestinya malas buka laptop. Tetapi, hari ini saya rajin buka laptop. Kerana apa saya rajin buka laptop? Kerana semalam, saya baca dalam smartphone saya, berkenaan usul "mempertahankan ulama" ditolak oleh Pemuda PAS Pusat. Baca sini . Semalam, tajuk pada artikel itu sungguh mendebarkan, di harakhadaily, yang bertajuk "Usul Mempertahankan Ulama ditolak DPPM". Pergh,.... memang terbeliak mata saya melihat tajuk. Manakan tidaknya, dibawah tajuk artikel itu, ada satu tajuk lain, berbunyi "Usul Tahaluf Siasi diterima sebulat suara". Tetapi, subuh ini, tajuk artikel di harakhadaily dah ditukar, kepada "Usul Pemuda Gombak ditolak, langgar perlembagaan". Apa yang memusykilkan saya ialah bukannya kerana usul itu ditolak, tetapi kerana apa usul itu ditolak. Saya dapati, dari apa yang disebut dalam harakahdaily, usuk itu ditolak kerana ianya tiada dalam perl...

SAYA SOKONG SPPBS!!

Ramai manusia yang merungut tentang PBS. Bukan Parti Bersatu Sabah ye, tetapi Penilaian berasaskan Sekolah. Yang marah-marah ini, ada yang ibu dan ayah kepada anak yang bersekolah, ada cikgu-cikgu yang mengajar disekolah, dan ada juga ahli politician yang mungkin ikhlas mahu melihat anak-anak Malaysia menjadi seorang manusia yang terdidik. Apa yang membuat mereka marah-marah, yang pastinya ada berbeda-beda, dari segi siapakah yang tidak bersetuju itu. Jika ibubapa, mereka tidak bersetuju kerana tidak faham, apa itu PBS itu sendiri. Itu yang majoritinya. Untuk guru, yang mereka tidak bersetuju adalah kerana, sistem internet yang lembab. Itu memang wujud dan memang itulah punca masalah yang menyebabkan ahli politician pun masuk campur akan hal ini. Tetapi, ada tidak manusia yang tidak bersetuju itu kerana sistem PBS ini adalah sistem yang tidak mempunyai peperiksaan? Ada tidak rakyat Malaysia, yang menentang PBS ini adalah kerana, jika tiada periksa, bagaimana mahu menilai ...

NIK AMAR FOR TIMB PRESIDEN PAS!!

Imej
Hari ini aku nak berkempen untuk calon Timbalan Presiden. Kerana apa? Sebab aku tengok, blogger2 PR dah jadi gila berkempen untuk abang Mat, dan dalam masa yang sama mengutuk Nik Amar. Ini tidak elok nih..... Maka, saya copy pastekan artiekl yang menarik ini oleh Roslam SMS untuk dibuat bahan kempen. Ustaz Nik Amar - Timbalan Presiden (11/11/13) Monday, November 11, 2013 (posting ini adalah pandangan saya ebagai kempen jawatan Timbalan Presiden PAS, saya mengharap ianya tidak bertentangan dengan garsi panduan yang telah ditetapkan oleh PAS) Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menjadi rebutan dalam muktamar PAS tahun ini setelah jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Jawatan Timbalan Presiden adalah jawatan kedua terpenting dalam PAS. Sebagaimana parti dan gerakan lain, peranan Timbalan adalah menyokong dan membantu orang nombor satu dan kiranya sesuatu berlaku ke atas batang tubuh orang ...