Catatan

PENGUNDI MELAYU TIDAK BODOH, MALAH SEBENARNYA CERDIK.

Bercadang ke Terengganu untuk merilekskan pemikiran yang serabut di pejabat. Tetapi apabila melihat kepada keputusan di Tenang, maka hati yang hendak ditenangkan itu tidak menjadi tenang. Pemikiran hamba melalut berfikir bilakah umat Melayu hendak berubah fikiran kearah revolusi politik yang lebih cerdik, ataupun mereka sebenarnya memang cerdik? Namun apabila difikir-fikirkan, hamba yakin bahawa Allah SWT mempunyai perancangan yang tersendiri kepada jemaah Islam dari konteks perjuangan. Sesuatu peristiwa yang berlaku, ianya pasti mempunyai pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat. Apa yang pasti, kekalahan PAS di Tenang adalah kerana orang Melayu tidak mengundi PAS. Diulangi, orang Melayu tidak mengundi PAS, bukannya tidak menyokong PAS. Dan ianya ada banyak sebab mengapa orang Melayu menyokong PAS, tetapi tidak mengundi PAS. PAS memberi kehidupan Islam untuk rakyat, manakala umno memberikan duit kemewahan sementara kepada pengundi. Maka,bagi pengundi di atas pagar, bagi kontek...

KE TERENGGANU

Hari ini hamba sekeluarga akan ke batu enam, singgah di Kuantan dahulu. Pinggan terasa sakit, namun kerana teruja sesangat hendak ke Terengganu, maka kesakitan ini terasa begitu tersamping sekali. Jumpa disana......

ADA YG TIDAK FAHAM MENGAPA DUN SELANGOR DIGEMPARKAN.

Hamba terperasan terdapat segelintir rakyat Selangor yang masih kabur apa yang berlaku sebenarnya di dalam peristiwa sidang DUN tergempar di negeri Selangor tempoh hari. Ada yang kata buang masa, ada yang kata tidak mahu khusrin punya pasal dan ada yang kata bukan untuk kembalikan kuasa kepada Sultan pun. Untuk mencerahkan sedikit mata rakyat-rakyat Selangor yang masih kabur dengan peristiwa meminda atau mengembalikan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, maka silalah baca di sini . Diharap dengan bacaan itu , akan dapat 'menyegarkan' ingatan dan akal untuk menghadam peristiwa yang bersejarah ini bagi negeri Selangor. Selamat membaca..... :D

SIDANG DUN TERGEMPAR; ADAKAH ISTANA TERLIBAT?

Melihat suasana politik negeri Selangor akhir-akhir ini, terdapat satu perkara yang terlintas difikiran bahawa terdapat satu perancangan untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam isu-isu pentadbiran kerajaan negeri. Maksud di sini bukannya dirancang oleh orang-orang politik, tetapi dirancang dari pihak istana sendiri. Peluang untuk mengembalikan kuasa Sultan terbentang luas apabila isu perlantikan SUK telah dimainkan oleh pihak umno. Hamba yakin, pihak istana memang jelas nampak bahawa perlantikan baru SUK Kerajaan Negeri Selangor memang telah dirancang oleh umno untuk memporak perandakan kerajaan negeri, dan pihak istana juga tahu pasti pihak Pakatan Rakyat yang memegang kuasa Kerajaan Negeri akan melakukan sesuatu untuk memastikan perlantikan SUK ini dibatalkan. Maka, dengan 'tiba-tiba', setelah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, idea untuk meminda kembali undang-undang negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik SUK, Pegawai Undang2 dan Pegaw...

ISU PORNSTAR SOI LEK BERKENAAN SALAM LAKI PEREMPUAN. ADAKAH SECARA KEBETULAN?

Hamba diajar oleh ustaz-ustaz yang selalu ceramah di masjid agar sentiasa berfikir dan ambil iktibar dari sebarang peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Baik buruk atau cantik peristiwa yang dilalui, kita wajib berfikir dan mengambil akal akan peristiwa yang ditempuhi. Ini kerana setiap peristiwa kehidupan yang Allah turunkan, mesti mempunyai hikmah disebalik kejadian itu. Sedangkan kejadian anjing menyelongkar tong sampah didepan rumah ada cerita disebalik kejadian, apalah lagi cerita sensasi seantorio Malaya berkenaan pornstar Cina MCA yang mulut celupar menghina muslimat yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ada sebab Allah jadikan peristiwa lelaki penzina dengan perempuan jalang dijadikan ketua segerombolan bangsa Cina mengeluarkan kata-kata jahat lagi mungkar berkenaan beliau menghina perbuatan seorang muslimah yang berpegang kepada hukum Allah. Kita janganlah berfikir sangat kepada lelaki Cina ketua kepada segerombolan Cina yang berlakon cerita lucah itu kerana me...

PELAKON LUCAH MAHU AJAR MUSLIMAT BERSALAM?

Imej
Pelik tetapi benar. Seorang pelakon cerita lucah telah menghina seorang muslimat kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki ajnabi telah disensasikan di media ke tahap gaban. Apa punya kes? Sudah tahu dia itu seorang penzina, biarkanlah dia dengan watak peter porn beliau yang memang rosak akhlak dan kotor akal itu. Apabila sesuatu kelompok telah menganugerahkan seorang kaki ranjang dengan betina lain dan dibuktikan dengan VCD lucahnya menjadi ketua kepada kelompok itu, maka inilah ceritanya. Seorang yang kufur kepada Allah, dan berbuat maksiat ke tahap syaitan, maka apakah yang anda sekelian akan fikirkan yang akan beliau lakukan untuk memenangkan kawan-kawan sekelompoknya untuk berkuasa diatas tanah yang sebesar kangkang kera itu? Tolonglah wahai rakan-rakan seperjuangan Islam. Berlawan dengan api, kita juga perlu berlawan dengan api. Tetapi api yang kita gunakan bukannya api itu sendiri, tetapi air, untuk memadamkan terus api yang hendak menyerang kita itu. Semburkan air dari telaga b...

APABILA SI PENAKUT BERLAGAK BERANI.

Apabila sipenakut berlagak berani, maka lagak beraninya dibuat-buat dengan cara mengutuk-ngutuk. Kutuk sana, kutuk sini, kutuk tepi, ketuk belakang dan kutuk depan kepada sipencabarnya. Sudahlah mengutuk-ngutuk, ditambahkan lagi dengan cara berlagak sombong macam bagus terror ke tahap gaban, namun tatacara berlagak bagus lagi mengutuk sipencabar itu, menampakkan sangat insan itu sebenarnya penakut lagi kecut perut ke tahap ketam. Siketam, dari jauh, nampak macam bahaya, dengan kepitnya yang besar, mengetip-ngetip ketipnya agar berbunyi menakutkan orang, tetapi apabila dekat, ketam itu terus cabut masuk dalam lubang. Nampak gayanya ramai yang membodek-bodek ketam yang penakut itu. Membodek ada makna. Selagi kertas tisu ada dalam kotak, maka selagi itu siketam akan dikipas-kipas oleh hidung-hidung yang meleleh-leleh hingus kotornya, agar siketam perasan bahawa beliau adalah sebagus dengan bininya, yang asyik merayap di laut Arab.