CATATAN SUNGAI BESAR
Sungai Besar. Saya ada 3 hari disana tahun lepas. Berniaga keropok Terengganu di booth karnival sukan Piala Raja2 melayu tak silap saya. 3 hari 2 malam lah saya di stadium Sungai Besar. bersama rakan saya berniaga. Rata-rata yang membelinya, orang Jawa. Jawa Malaysia. Atau lebih tepat Jawa Sungai Besar. Solat Jumaat di Pekan Sungai Besar. Baik-baik orangnya. Ada sorang ustaz, yang membawa motor, menumpangkan saya sehingga depan masjid. Mungkin melihat saya jalan terhincut-hincut.. kaki kanan saya sakit ketika itu. Turun dari motor, ustaz itu berbahasa jawa dengan saya. Saya sengih dan katakan saya tak faham. Ustaz itu senyum dan sapa saya dalam bahasa Melayu.. "Oh.. bukan orang sini ya..", ustaz itu menyapa ku. Subuh esoknya, solat subuh di masjid yang sama. Kerana masjid itu sahaja yang paling dekat dengan stadium. Surau di taman kami dengar azannya.. tetapi tidak tahu di mana suraunya. Maka ke masjid Sungai Besarlah kami solat Subuh. Makmum agak ramai. Untuk har...