Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

PUNCA LGE KALUT PASAL RUMAH SEBAB DAP JUGA KE?

Selang satu dua minggu ini, cerita berkenaan rasuah pembelian rumah bungalow dengan harga terlampau murah sedang bersepah-sepah dimerata-rata blog dan web page politik Malaysia. Setiap inchi berkenaan pembelian dan cerita berkenaan tukang jual empunya rumah itu akan keluar dari masa ke semasa. Melihat kepada 'bukti' yang dipersembahkan dengan secara detail lagi terperinci, membuatkan saya tertanya-tanya.. adakah sedang berlaku, didalam dap, cubaan untuk memecahkan blog anak beranak Lee dalam pola kuasa pemerintahan Pulau Pinang dan dap sendiri? Saya cukup yakin, bukti-bukti, yang diterima oleh pihak umno Pulau Pinang, bukan datangnya dari pihak umno sendiri. Saya merasakan, ada dalang di dalam dap sendiri yang membenarkan bukti-bukti ini diambil dengan mudah oleh pihak musuh politik. Cubaan menghancurkan karier politik LGE pada pendapat saya, sedang berlaku di Pulau Pinang. Dan ianya didalangi pasti dari orang dalam dap sendiri. Atau mungkin juga, pihak umno telah menemui b...

Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti

Imej
March 9, 2016 Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti 1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari tadi, giliran Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik dan mengasyikkan. Sesiapa yang berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti berasa teruja kerana suasana Dewan yang biasanya gamat dengan pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti. 2. Asalnya masa yang diperuntukkan hanya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, Tuan Guru Presiden dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yang berminat bangun membuat pencelahan. Mereka bertanya dengan penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yang memanggil nama "Tuan Guru" sedangk...