Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

MAIS? APA MASALAH?

Sekarang, Pakatan Rakyat ada 2/3 kerusi DUN Selangor. Jadi... Apa masalah? PKR ada 14, DAP 15, PAS 15, semuanya 44, dan bn ada 12 sahaja. Jadi... Apa masalah? Jika PR hendak menggubal undang2 tubuh negeri yang memerlukan sokongan DUN 2/3, maka, ada kesusahankah untuk menggubal enakmen atau undang-undang berkenaan? Oleh itu... Apa masalah? Jika MAIS ada masalah dengan Kerajaan Negeri sebab Pengerusinya orang kuat umno. Maka... Apa masalah? Tak reti nak gubal ke berkenaan hal-hal MAIS ni dalam DUN? 2/3 dalam tangan. Nak gubal enakmen tubuh negeri anytime boleh buat. Apasal tak nak buat? Kenapa ikut enakmen yang dibuat oleh umno bn? Sekarang PR dah perintah. Gubal ikut kepala sendirilah untuk MAIS dipegang oleh orang PR. Apa masalah? Wajibkanlah MB atau Exco agama yang beragama Islam menjadi Pengerusi MAIS. Buat automatik. Jadikan ianya enakmen tubuh negeri. Kecuali timbalan pengerusi. Biarlah Istana yang pilih. Apa masalah? Takkan nak biarkan exco agama automati...

SETIAP KALI RAMADHAN, SAYA JADI TAKUT.

Ramadhan 4. Berpuasa untuk hari ke 4 dalam tahun 1435. Ubat gastrik tinggal 4 biji. Jumaat ni, nak pergi hospital untuk ambil bekalan lagi. Setiap kali hujung bulan Syaaban. Hati saya akan keluh kesah. Takut. Risau. Hati agak runsing takut-takut untuk berhadapan dengan bulan Ramadhan. Memang itulah yang akan dihadapi oleh saya. Bila dekat dengan bulan puasa sahaja, saya akan menjadi keluh kesah. Buat apa saya hendak menipu dengan kalian semua. Memang itu perasaan saya jika berada dihujung bulan Syaaban. Perasaan keluh kesah itu bukan kerana tidak mahu berpuasa, tetapi perasaan itu datang kerana selalu berfikir, mampukah saya untuk berpuasa pada tahun itu? Sesiapa yang tidak mengidap penyakit gastrik, tidak akan tahu, betapa takutnya mereka yang mengidap gastrik ini, apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Perasaan takut ini datang kerana al-sabab yang membolehkan saya berpuasa, adalah dengan pertolongan ubat. Jika sebelum sahur, terlupa makan ubat, maka seharian saya terpaksa mena...