KHALIFAH JATUH KERANA ISU BANGSA.
Sebentar tadi, hamba melihat tarikh lahir hamba pada kad pengenalan. Tercatit pada tarikh masehinya ialah 3 Mac. Memang benarlah, itu tarikh hamba dilahirkan ke dunia dari rahim ibu hamba yang tersayang. Cuma apabila teringatkan kembali, apa yang telah di'usrah'kan kepada hamba, itu jugalah tarikh peristiwa hitam, jatuhnya khalifah Islam di muka bumi ini, 3 Mac 1924. Jika dilihat, jangka hayat tiadanya pimpinan Islam di dunia ini tidaklah sampai ke usia 100 tahun. Selama 1,419 tahun Islam ini ada kepimpinan yang disebut khalifah, sekarang, baru 84 tahun khalifah Islam tiada di muka bumi. Jika dibubar angka mengikut peratusan, baru 6% jangka hayat Islam di dunia ini tiadanya kepimpinan khalifah. Namun, apabila melihat kesannya terhadap umat Islam. Amat dasyat. Amat kronik. Amat menyayatkan. Kepada rakan-rakan yang profesyen kerjanya adalah guru, cuba tanya anak murid, siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Bilakah Khalifah Islam digulingkan? Apakah puncanya Khalifah Islam itu di...