PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan berkenaan dengan isu hudud yang sengaja dihangatkan di celah celah kesejukan banjir. LGE yang tidak bersetuju dengan hudud sewajarnya mengkaji secara teliti tentang hudud. Saya yakin, beliau tidak jelas tentang hudud berikutan persepsi yang ditanam oleh musuh Islam sepanjang zaman.


Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi contoh tauladan LGE sepertimana yang dinyatakan olehnya dahulu, adalah seorang yang kuat berprinsip mempertahankan Islam. Di celah itulah munculnya Eric Pulsen, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang mendatangkan 20 soalan tentang hudud. Alhamdulillah ia telah dijawab oleh Dewan Ulamak PAS Perak secara ringkas dan mudah difahami.

Kalau sebelum ini, ada suara yang mengatakan bahawa Islam perlu berdialog dengan SIS sebelum diharamkan, dan suara mendakwa pengharaman tersebut adalah gopoh walaupun sudah bertahun tahun dialog demi dialog dilakukan. Tiba tiba hari ini semua pihak membisu apabila LGE berkata demikian walaupun LGE sendiri sudah kenal perjuangan PAS sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat lagi.


Kenapa sekarang baru nak tolak hudud? PAS telah menjalankan sebanyak mungkin isu penerangan tentang hudud, dan turut dijemput non muslim untuk mendengar sama. Termasuk 20 soalan Eric Pulsen juga telah diperjelaskan di sepanjang roadshow penerangan tentang hudud. Tidakkah kenyataan LGE itu sudah didahului dengan dialog dan menghadiri pertemuan memohon penjelasan daripada PAS?

Saya mengajak kepada kalian untuk belajar mengenal Islam sepertimana Peribahasa Cina yang berbunyi;
读书需用心,一字值千金
Dú shū xū yòng xīn, yī zì zhí qiān jīn.
Maksudnya : Belajar harus dengan tekun dan sepenuh hati, satu huruf akan berharga ribuan emas

造烛求明,读书求理
Zào zhú qiú míng, dú shū qiú lǐ
Maksudnya : Tujuan adanya lilin adalah untuk penerangan, tujuan dari belajar adalah untuk pengetahuan

Saya mohon maaf andai kata peribahasa yang digunakan tidak tepat di setengah keadaan, tetapi saya yakin dalam keadaan yang lain ia agak tepat. Saya mengajak kepada DAP yang merupakan rakan dalam pakatan agar mewujudkan suasana perbincangan dalam mendengar penjelasan daripada PAS berkenaan isu hudud.

PAS Perak secara khususnya mempunyai barisan ilmuan yang pakar dalam Bab Hudud dan Undang undang Jenayah, yang terdiri dari kalangan Dewan Ulamak. Marilah dengar penjelasan kami, itu yang lebih baik, sepertimana peribahasan Cina yang berbunyi,

学问是异常珍贵的东西,从任何源泉吸收都不可耻
Xué wèn shì yì cháng zhēn guì de dōng xi, cóng rèn hé yuán quán xī shōu dōu bù kě chǐ
Maksudnya : Ilmu Pengetahuan adalah sesuatu yang sangat berharga, Oleh karena itu, Jangan merasa malu untuk mendapatkannya dari sumber manapun

学问渊博的人,懂了还要问; 学问浅薄的人,不懂也不问
Xué wèn yuān bó de rén, dǒng le hái yào wèn; xué wèn qiǎn bó de rén, bù dǒng yě bù wèn
Maksudnya : Orang-orang yang berpengetahuan tinggi adalah mereka yang mengerti dan masih bertanya, orang-orang yang berpengetahuan rendah  adalah mereka yang tidak mengerti dan tidak mau bertanya

Semoga ulasan saya ini membantu DAP khususnya untuk lebih memahami Islam. Elakkan daripada mendengar "orang luar" tentang Islam, sebaliknya dengarlah dari kami. Itu yang lebih baik.

Terus beristiqamah,

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
1 Rabiul Awwal 1436
Isnin 22 Disember 14

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?