Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, September 30, 2014

TSKI WAJIB MASUK PAS.

Saya ada dapat cerita bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim hendak meletak jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang. Aduh.. Jika betul, ada lagi satu PRK akan dibuat di Malaya ini.

Dari kita membiarkan TSKI meletak jawatan, saya rasa, adalah lebih baik, PAS menghulurkan borang keahlian kepada TSKI. Bukan apa, oleh kerana melihat keadaan rakan kita yang semakin kurang ajar dan tidak mesra terhadap PAS, kenapa pula PAS perlu berfikir-fikir menjaga hati rakan yang sudah tidak jadi rakan, untuk memasukkan TSKI ke dalam PAS.

Banyak perkara positif yang PAS boleh berolehi jika TSKI memasuki jemaah Islam ini. Salah satunya, beliau boleh menjadi ahli yang akan menaikkan taraf kantung kewangan jemaah Islam PAS, dari miskin, kepada kaya raya.

Saya ada teringat akan Kohilal yang telah 'mati' itu. Elok rasanya jika TSKI menerajui Kohilal menjadi Koperasi terkaya di dunia. Dan mengkayakan jemaah PAS. Agar sumber kewangan untuk PAS berjuang dalam politik tanah air ini mencukupi, malah melebihi kemampuan....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TSK AKAN SESAK NAFAS NANTI