PRK KALAH SEBAB BORANG 13 PULAK. BUKAN BORANG 14 LAGI. BN BIJAK!

DAP kalah. Lepas kalah, banyak pula ulasan dan alasan dari gejuis kenapa kalah. Pada saya, padan muka kalah. Biar sedar sikit DAP, yang korang tu, bukan kuat mana pun.

Parti yang perasan kuat, perlu diajar dengan kekalahan. Agar mereka sedar bahawa kemenangan adalah milik Allah untuk diberi. Bagaimana bagus strategi nak menang, tapi kalau Allah tak izin, kalah tertonggeng juga.

Tapi, saya juga nak cerita pasal kekalahan ini. Yang telah terduga oleh aku sebelum PRK lagi. Aku cerita pasal borang 14. Yang tidak menjadi valid dalam mahkamah petisyen pilihanraya. Tapi aku terlupa cerita pasal borang 13, iaitu borang Penyata Kertas Undi. Borang ini pun maha penting juga.

Selalunya, Poling Agent yang pertama, dan Counting Agent (atau poling agent terakhir) akan bertanggungjawab dengan mengisi borang 13 ini.

Untuk apa borang 13 ini diisi? Ianya diisi untuk melihat, jumlah kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi adalah sama (tally) dengan undi yang diterima. Samada undi terima, rosak, ragu atau tidak dikembalikan. Mesti tally punya.

Sebab itu, polling agent yang pertama, perlu datang awal pagi ke bilik saluran. Mereka diwajibkan untuk kira satu persatu kertas undi yang ada pada Pegawai tempat mengundi. Setengah orang tengok nombor siri je. Tapi ada setengah otai kira satu persatu.

Begitu juga yang terakhir, mesti isi borang 13 ini, kira baki kertas undi yang tinggal.

Tapi, jika pegawai tempat mengundi datang lewat, jam 7:45pg katakan, lepas tu buat terhegeh-hegeh nak cepat dan marah-marah jika mengganggu dia, apa polling agent nak buat? Ianya berlaku di tempat aku. Polling agent aku kena. Jawab dia, marah balik pada pegawai tu, dan ugut dia nak panggil calon dan wakil calon datang ke saluran berkenaan jika borang 13 itu tidak diisi.

Maka saya nak bertanya, adakah setiap saluran di Parlimen Teluk Intan ini diisi oleh polling agent? Adakah setiap borang 13 yang dipegang oleh polling agent ada ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM)? Dan saya juga nak bertanya, adakah semua saluran mempunyai borang 13 untuk dirujuk oleh parti yang bertanding, DAP?

Aku yakin, mesti ada yang kurang, mesti ada yang tidak berisi borang 13, mesti ada saluran yang borang 13 nya tiada langsung disisinya.

Jika begitu, kalaulah undi yang keluar dan jumlah undi yang dikira beza 3 juta orang sekalipun, mana korang nak buat petisyen pilihanraya? Yang borang lengkap pun petisyen kena tolak!!!!

Hampehhh......


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?