Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Februari 17, 2014

PAS HANYA PAK TURUT DALAM PR..

Saya rasa memang teruk PAS kena tibai oleh blogger yang sorang ni. Nak tau kenapa, jom baca bawah ni....

Pada ana, malang sungguh bila kita jadi parti sampingan yang tidak
mampu bercakap tidak kepada rakan lain yang kurang diterima rakyat
berbanding kita. Malang.


Pada ana, berdasarkan pemerhatian, hampir pasti Anwar akan mengambil
alih tugas sebagai MB Selangor. Pasti. Anwar sendiri pun sudah
berjumpa dengan ramai kerabat Selangor, untuk memastikan jalan ke
Pejabat Menteri Besar tidak terhalang oleh keputusan Tuanku Sultan.

Pada ana, ini soal meniaga. Kalau Sultan tengok Anwar tidak akan
menganggu ekonomi Istana, siapapun yang jadi MB, Tuanku ok ajer. Apa
ada hal. Janji, bisnes berlaku seperti biasa.


Dalam kemelut ini, pada ana, yang rugi kita. Asyik jadi pemerhati
kepada permainan orang lain. Kadangkala rasa juga bodohnya pemimpin
kita, tapi nak buat macamana.


Bukan soal kita takut Anwar jadi MB atau tidak. Pas tetap sama juga.
Tapi, kesan politik tetap ada.


Rakyat boleh jumpa kita, meludah dan mengatakan kita bodoh politik.
Kerusi lebih banyak, tapi lemah syahwat dengan politik PKR. Tak cukup
viagra dan tongkat ali. Layu.


Sudahlah Kedah semakin layu. Pas Selangor semakin layu. Pas Kelantan
bermata kuyu. Pas Johor syok sendiri. Apa lagi peluang kita ni? Nak
balik terengganu?


Ana kadang-kadang pelik juga dengan strategi politik pemimpin kita.
Lembab bebenor dalam tindakan. Bila pemimpin lembab. Kita pun sembab.
Badan pun debab.

---------------------------------------------

Memang power ayat kawan kita ini. Menunjukkan, bahawa, ada ahli PAS yang menganggap, PAS sekarang hanya parti pak turut apa yang diperkatakan oleh PKR dan DAP? Ini bahaya ni. Ini telah melanggar syarat wajib yang perlu ada untuk mengharuskan tahaluf siyasi.....

Hampeehh......

0 ulasan: