Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Februari 07, 2014

ISMA DAH KUTUK PKR PULAK..

Pergh.... ISMA dah kutuk PKR plak ni. Cer baca bawah ni. Semua Kajang punya pasal.....

Projek New York: Anwar di Kajang bukti PR bankrap idea dan kepimpinan

Anwar Nik Nazmi
BANGI, 6 Feb – Meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang kononnya untuk menjayakan projek ‘New York’ di Selangor jelas membuktikan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bankrap idea dan tokoh untuk memimpin negara.


“PKR ketandusan idea dan kepimpinan. Jika PKR ada kemampuan, mereka tidak perlu membawa masuk Anwar ke Kajang, ini seolah-olah Anwar seorang sahaja yang boleh membawa agenda dalam PR.

“Kenapa perlu sehingga membawa masuk Anwar ke situ? Adakah dengan peletakkan Anwar dalam DUN baru boleh meneruskan projek tersebut?” demikian bidas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berhubung kenyataan Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Ahmad.

Soalnya, mengapakah kepimpinan tertinggi PR tidak boleh ‘deliver’ idea kepada kerajaan negeri Selangor?
“Kenapa kepimpinan PR negeri selama ini juga gagal untuk menjadikan Selangor sebagai New York? Sehingga perlu Anwar masuk dalam DUN?

“Sungguh memalukan, jika Anwar menjadi Perdana Menteri nanti, kelak Selangor akan menjadi mundur semula,” ujarnya.

Nik Nazmi semalam menyatakan bahawa perletakan Datuk Seri Anwar adalah untuk menjayakan projek “New York’ di samping mengekang cabaran pentadbiran kerajaan pusat dengan memberikan jawatan lebih formal seperti ADUN kepada tokoh PKR itu.

Tegas Ustaz Abdullah, kenyataan Nik Nazmi sekali lagi membuktikan PKR ketandusan idea dan kekangan karisma untuk mentadbir negara.
Pimpinan PKR telah gagal menyampaikan idea, polisi, tata tadbir serta perancangan yang teliti dalam mentadbir Selangor dan ini sekaligus membayangkan terlalu banyak masalah yang wujud dalam komponen PR.
Dalam pada itu, Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman berkata, kenyataan Nik Nazmi yang mengaitkan teori ‘New York’ membayangkan ia hanya mengulangi watak Anwar berdasarkan teori 16 September dahulu yang mana watak-watak pemimpin yang tandus idea.

“Kenyataan Nik Nazmi membuktikan betapa kredibiliti PKR sudah hancur, setelah segala justifikasi oleh Anwar dan Rafizi sebelum ini tidak laku.

“Bahkan PKR juga ketandusan pemimpin apabila terpaksa menurunkan pemimpin nombor satu mereka untuk menyelesaikan masalah peringkat negeri sahaja,” ujarnya kepada wartawan ismaweb.

0 ulasan: