SAYA SOKONG SPPBS!!

Ramai manusia yang merungut tentang PBS.

Bukan Parti Bersatu Sabah ye, tetapi Penilaian berasaskan Sekolah.

Yang marah-marah ini, ada yang ibu dan ayah kepada anak yang bersekolah, ada cikgu-cikgu yang mengajar disekolah, dan ada juga ahli politician yang mungkin ikhlas mahu melihat anak-anak Malaysia menjadi seorang manusia yang terdidik.

Apa yang membuat mereka marah-marah, yang pastinya ada berbeda-beda, dari segi siapakah yang tidak bersetuju itu.

Jika ibubapa, mereka tidak bersetuju kerana tidak faham, apa itu PBS itu sendiri. Itu yang majoritinya.

Untuk guru, yang mereka tidak bersetuju adalah kerana, sistem internet yang lembab. Itu memang wujud dan memang itulah punca masalah yang menyebabkan ahli politician pun masuk campur akan hal ini.

Tetapi, ada tidak manusia yang tidak bersetuju itu kerana sistem PBS ini adalah sistem yang tidak mempunyai peperiksaan?

Ada tidak rakyat Malaysia, yang menentang PBS ini adalah kerana, jika tiada periksa, bagaimana mahu menilai anak murid yang bersekolah. Bagaimana mahu menilai anak mereka untuk masuk asrama penuh. Bagaimana mahu membanggakan diri dengan anak masing-masing dapat semua A dalam mata pelajaran?

Ada tidak?

Jika ada....

Mula-mula, saya hendak bertanya. Sistem PBS ini ditiru dari negara mana?

Ada sesiapa yang tahu?

Ada sesiapa yang ambil kisah?

Jika tidak tahu, maka tolonglah ke negara Finland. Dan lihat sistem pendidikan mereka. Kerana disitulah asal usul sistem ini diceduk.

Tamat untuk hari ini..................

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?