Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Oktober 22, 2013

DARI DULU PUAK KRISTIAN EKSPLOIT NAMA TUHAN. APALAGI SEKARANG?

Dari korang semua melalut buat kerja dunia, pe kata baca artikel di bawah ini.....


 
ULASAN Jika dilihat daripada faktor sejarah, penyebaran agama serta penginstitusion Islam dan Kristian jelas berbeza biarpun mempunyai asal usul kebudayaan agama ‘Abrahmite'.

Agama Islam disebarkan melalui kesinambungan dakwah dari tanah Arab ke Asia Selatan dan benua Melayu menggunakan teks asal dalam Bahasa Arab. Semua penganut dimestikan belajar bahasa Arab dan mengaji Al-Quran dalam bentuk asal.

Teks serta ajaran juga dikawal oleh institusi setempat seperti istana yang mempunyai kuasa penguatkuasaan dan perundangan.

Institusi tersebut juga bertanggungjawab dalam penyelarasan teks dan akidah penganut serta penguatkuasaan kawalan.
Namun, penyebaran agama Kristian pula mempunyai asal-usul yang berbeza.

Di Malaysia, agama Kristian disebarkan melalui mubaligh daripada pelbagai mazhab, menggunakan teks dari pelbagai benua. Mereka mengikut tafsiran sendiri.

Agama Kristian, ekoran pemisahan dari kesinambungan kuasa Rom dan kebangkitan pergerakan Protestan telah mengguna pakai sistem liberal dan kebebasan dalam pengolahan teks dalam bahasa dan konteks setempat.

Ia dilakukan tanpa penyeragaman dan tanpa kawalan dan penguatkuasaan. Maka lahirlah pelbagai kemelut pengalihan bahasa serta penggunaan istilah serta perkataan yang mempunyai maksud tersendiri secara organik.
Perkara ini juga terjadi kerana pihak gereja hilang kawalan dan terpaksa bertanding dalam proses dakwah dengan mazhab lain. Mereka mula mencari cara baru melalui exploitasi proses integrasi fahaman setempat.
Sejarah kontroversi di pelbagai tempat
Kemelut politik agama dari sudut pengolahan teks agama Kristian dalam bahasa setempat bukan suatu perkara yang baru. Masalah serta konflik berlaku antara agama, denominasi atau mazhab dalam agama Kristian itu sendiri.
Pada tahun 2008, di India, tercetus kontroversi antara kepimpinan institusi agama Hindu dan Kristian ekoran penerbitan Kitab Injil atau Bible dalam bahasa suku kaum asal.

Illustrasi Bible yang dikenali sebagai "New Community Bible" dinyatakan mengandungi teks serta naratif dari Bhagavad Gita, mantra serta rujukan kepada prinsip Ahimsa Mahatma Ghandi.

Bible tersebut juga mengandungi naratif Jesus sebagai seorang miskin dari India lengkap dengan ilustrasi serban dan tanda dahi atau ‘bindi' yang diamalkan masyarakat Hindu.
Bible tersebut diiktiraf oleh kepimpinan tertinggi mazhab Roman Katolik dan dipertahankan sebagai mesej kemanusiaan kepada semua.

Namun pelbagai pihak termasuk Kristian bermazhab Protestant membuat bantahan atas sebab tersasar dari prinsip asal dan menyesatkan umat dari prinsip tersebut.

Perkara yang serupa juga dilaporkan dalam Bible di India yang sering mencetuskan kontroversi mengenai dakwah dan cubaan mengkristiankan orang Hindu secara sistematik dengan exploitasi istilah dan budaya setempat.

Di India juga, penentangan terhadap dakwah Kristian bersifat ganas dan keras. Perkara ini juga bukan kes terpencil.

Seorang pengkaji Korea Sangkeun Kim dalam bukunya berjudul Strange Names of God, The Missionary Translation of Divine Name, menghalusi mengenai kontroversi pengalihan bahasa nama tuhan dalam Bible di India, Jepun dan Peru.
Kim dalam kajian kes beliau mencatatkan kontroversi antara agama Kristian dengan Hindu, Buddha dan agama Orang Asal.

Di Selatan India, penggunaan istilah "Son of Ishvara" sebagai rujukan kepada Yesus Kristus dalam Bible bahasa ehtnik India Selatan mencetuskan kontroversi.

Kepimpinan tertinggi Buddha menyatakan secara terbuka bahawa ada unsur unsur memesong dan menipu masyarakat untuk tujuan dakwah.

Kes tersebut juga membawa masalah fahaman penganut Kristian yang pincang kerana istilah ‘Ishvara' yang digunakan di Bible tempatan juga mencetus kekeliruan kerana istilah asal Ishvara juga merangkumi isteri beliau.

Perkara ini membawa salah faham yang serius kerana menyifatkan Yesus sebagai seorang yang mempunyai isteri dan membawa krisis maksud dalam konteks asal di kalangan penganut Kristian.
Perkara sama juga dilaporkan di Jepun, dengan rujukan Bible yang dialih bahasa dan diolah oleh Anjiro, seorang bekas penganut Buddha yang dikatakan mengeksploitasi budaya serta agama asal Jepun untuk tujuan dakwah.

Anjiro dalam proses alih bahasa telah mengambil istilah istilah seperti ‘Jodo' yang bermaksud syurga, ‘tamashii' untuk maksud roh, ‘tennin' untuk maksud malaikat, ‘jigoku' untuk maksud neraka dan ‘Dainishi' untuk maksud tuhan.

Penggunaan istilah istilah ini yang mempunyai maksud serta rujukan tersendiri dalam bahasa Jepun dalam konteks agama Buddha telah mencetus kontroversi ekoran ‘Dainishi' dalam bahasa Jepun bermaksud Matahari Ulung.

Setelah kontroversi tersebut diperdebatkan, istilah ‘Dainishi' di tukar kepada ‘ Daiusu' menurut istilah Latin Deus yang bermaksud tuhan mengikut loghat Jepun.

Selepas kejadian itu, pada tahun 1552, kesemua istilah istilah kontroversi di tukar kepada istilah lain mengikut kerangka baru yang dikenal pasti.
Begitu juga di Peru antara tahun 1588, melibatkan istilah Orang Asli Peru keturunan Quechua.

Setelah tanah orang asli ditakluk dan ditukar agama mereka, pihak mubaligh melihat bahawa Orang Asli Kristian masih mengamalkan agama lama mereka.

Pada masa itu, pihak mubaligh menggunakan istilah Orang Asli seperti ‘Dios' dan ‘Appo' yang merujuk kepada kepercayaan asal suku kaum Andes ini dan membentuk perkataan baru ‘Appodios' .

Perkara ini juga dijelaskan dalam jurnal University Edinburgh berjudul 'The appropriation of Quehua language by the church and the Cristianisation of Peru in early Sixteenth and Seventeenth Centuary'.

Penggunaan istilah Quehua ini dibuat atas andaian bahawa Orang Asli Peru tidak mempunyai kapasiti untuk memahami tuhan baru mereka dan lemah dari struktur semantik, biarpun ia dilaporkan tidak berasas.

Pembanterasan anti-Kristian 1737

Berlainan pula cerita di China dalam isu ‘The Chinese Rite Controversy', yang mana mubaligh yang menerima sambutan positif berakhir dengan tentangan hebat dari Maharaja Kangxi yang mengusir semua golongan itu dari China.

Peristiwa itu juga merupakan titik tolak polisi pembanterasan anti-Kristian pada 1737.
Peristiwa di China merupakan satu lagi masalah pengambilan istilah tempatan yang membawa maksud yang bercanggah dengan pemujaan dan kepercayaan nenek moyang.

Pada satu masa, perkembangan istilah istilah ini membawa kepada konflik di mana gereja mula masuk campur untuk menghalang penganutnya melakukan pemujaan fahaman mereka demi melindungi erti kata baru Kristian.

Penggunaan istilah serta campur tangan gereja untuk membetulkan fahaman ekoran dari penggunaan istilah ini telah membawa salah faham sehingga Maharaja Kangxi memutuskan agama Kristian sebagai ajaran sesat Buddha dan Tao.
Kebimbangan pemimpin dan masyarakat Islam dalam perkara penggunaan istilah ‘Allah' adalah bertempat, berdasarkan rekod lampau gereja Katolik yang kurang memberangsangkan.

Perkara ini juga dirumitkan lagi setelah pihak Vatican secara langsung membuat intevensi dalam kes ini.

Namun di Malaysia, biarpun penggunaan Istilah ‘Allah' oleh pihak gereja mempunyai risiko pengolahan maksud namun ia juga membawa risiko pemesongan agama Kristian itu sendiri.

K SHAN pengerusi Institut Kebangsaan Intergriti Pilihan Raya dan Demokrasi (NIEI) serta aktivis sosial.

1 ulasan:

azmie berkata...

kalu k shan ni grad azhar, pkai seban bjubah atau at least bkopiah dah tentu teruk kena maki dah