DAP, UMNO DAN MCA, SEMUANYA SAMA LAA....


Ini adalah real politik. Yang terjadi dalam dunia politiking isme manusia. Andai ku kata DAP dah nak jadi macam umno mca, sebenarnya memang DAP dan umno mca adalah dari sarung yang sama. Parti poltik isme manusia. Oleh itu, janganlah taksub dengan tahaluf siasi wahai manusia yang berpegang kepada Islam. Ianya hanya alat yang digunakan untuk kemenangan Islam.

Sila layan cerita bawah ni.......

Pemimpin-pemimpin negeri tidak sebulu menjadi korban Dinasti Lim

Lim Guan Eng sedang cuba menyingkirkan pemimpin-pemimpin DAP negeri yang sah dipilih perwakilan, lalu digantikan mereka dengan kroni-kroni Dinasti Lim.
Setiausaha-agung DAP itu yang tidak memiliki “undi popular” ahli-ahli parti telah secara paksa meletakkan orang kanannya di pucuk pimpinan peringkat negeri.

Kedah

Setiausaha-agung DAP itu yang tidak memiliki “undi popular” ahli-ahli partinya telah menerjunkan Zairil Khir Johari yang juga tiada sokongan akar-umbi untuk terus masuk menjadi pengerusi sementara DAP Kedah sejurus selepas PRU13.
Sebelum ini Zairil telah melayang dari negeri asalnya Selangor Hawaii ke Pulau Pinang di bawah kepak Sang Impot Melaka.
KedahDAP
ATAS: Jawatankuasa DAP Kedah interim yang dibentuk Zairil. Perhatikan bahawa Thomas Su dan Vincent Wu adalah orang kuat Kit Siang.
Zairil mendakwa bahawa perlantikannya adalah sah berdasarkan peruntukan sedia ada dalam perlembagaan DAP.
Penyingkiran pengerusi DAP Kedah Guan Aik adalah bagi tujuan menaikkan Zairil. Ini merupakan satu muslihat politik oleh Guan Eng untuk memancing undi Melayu di negeri tersebut. Baca ‘DAP main wayang umum Zairil pengerusi di Kedah‘ (Berita Harian, 5 Okt 2013)

Melaka

Pengerusi negeri DAP Melaka Goh Leong San ialah seorang lagi mangsa permainan politik kotor Guan Eng.
Kata Leong San beliau sudah semakin hilang sabar dengan pemimpin pusat parti serentak dengan DAP Melaka kini berdepan kemelut perpecahan.
Sila baca ‘Pengerusi DAP Melaka ugut dedah salah laku dalam parti‘ (Utusan, 4 Okt 2013).

Johor

Sementara itu di Johor pula sedang diatur sebuah kempen yang diberi nama KOBANKnock Out Boo And Norman. Ia dikhabarkan telah diatur oleh Dinasti Lim agar anak buah mereka Liew Chin Tong (yang telah memenangi kerusi Parlimen Kluang baru-baru ini dalam PRU13) boleh mengambil alih sebagai pengerusi negeri.
Boo merujuk kepada Dr Boo Cheng Hau, pengerusi DAP Johor manakala Norman ialah timbalannya Norman Fernandez.
Kita boleh lihat pemimpin-pemimpin veteran DAP sendiri yang dianiaya angkara Lim Guan Eng kemaruk kuasa.
Kalau rakan seperjuangan parti yang sebangsa pun boleh dilayan sebegitu rupa oleh Guan Eng dan konco-konconya, maka cuba anda bayangkan nasib Melayu andaikata Dinasti Lim beserta puak evangelista berjaya memperolehi kuasa mutlak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?