TERKINI MESIR! (LAGI)

MESIR TERKINI | PETIKAN UCAPAN Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr. Badi'e Yang PENUH SEMANGAT | Petikan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin, beliau sekarang diburu oleh anjing Askar sekularisme. Moga Allah memelihara Tuan Guru Dr. Badi'e dan seluruh pejuang Ikhwan yang sedang bersolidariti di sana sekarang menuntut supaya DR MORSI di lantik sebagai Pemimpin yang sah.

gambar  Dr. Badi'eI
Ini adalah ucapan Tuan Guru Dr. Badi'e
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allah yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.


Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.


Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 

Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,

Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.


Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.


Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.


Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.


-penunjuk perasaan melaungkan "kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"


Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami lebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.


Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana  kamu tergamak  menyeksa orang tua..


Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih. 


Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya


Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.


Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.


Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agama islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarahkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.


Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.


Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?