Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mei 06, 2013

PRU13; LAIN KALILAH!!!!

Seperti bermimpi.

Selangor kekal didalam Pakatan Rakyat.

Namun, sedih, Terengganu dan Perak, tersangat-sangat sipi untuk menang.

Assalammualaikum wbt kepada kesemua gejuis. Baru sekarang dapat saya meluangkan masa untuk berblog. Sibuk hendak memenangkan PR, sehingga terlupa kepada kewajiban untuk mengemaskini blog. Cheewahhh....

Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli PAS dan semua ahli Pakatan Rakyat, yang bertungkus lumus untuk memenangkan Selangor, terutama yang bekerja di DUN Hulu Bernam. Walaupun kalah, majoriti 3000 lebih, tetapi kita telah melaksanakan tanggungjawab untuk memenangkan calon PAS disini.

Memang tidak syak lagi, kaum India di UPU Kuala kalumpang memang terbaik!! Merekalah yang banyak membantu kenaikan undi untuk PAS di Hulu Bernam. Jentera mereka juga tersusun dan semangat mereka melihat bn kalah adalah sungguh tinggi.

Ada banyak gambar dalam hand set saya, tapi, rasa malas nak pindahkan ke komputer. Lain kalilah saya masukkan gambar......

0 ulasan: