MB SELANGOR; PADAN MUKA AZMIN KALAH DI KOTA DAMANSARA!

Cuba korang semua baca ayat di bawah, ada juga orang mulut begini  katakan kepada PAS;

"PAS Selangor kena ingat antaraa sebab PKR kurang satu kerusi pasai calon PAS di Dun Kota Damansara 'menafikan' kemenangan Dr. Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR. Kalau tak berlaku pertandingan 3 penjuru dah tentu Dr. Nasir akan menang."

Dan cuba lagi ayat bawah ini, ada juga orang yang berkata begini kepada PAS;

"Nasib baik dari segi jumlah kerusi, kerusi PAS campur kerusi BN cuma berjumlah 27, kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor."

Dan orang yang mengatakan 2 ayat ini adalah kononnya meletakkan dirinya gejuis PAS. Cap ayam punya orang Perak.

Ini saya nak kabor kepada semua. Jikalaulah, Kota Damansara PAS tidak mencelah, maka sudah pasti PSM menang. Namun, PSM menggunakan lambang PKR, maka sudah pastilah Pengerusi PKR Selangor akan mengatakan, 15 DUN yang PKR menang itu genuine milik PKR.

Maka semua akan ada 15 DUN semuanya untuk PKR, DAP dan PAS.

Oleh itu, anda semua rasa, adakah PKR akan menaikkan nama Khalid Ibrahim sebagai MB? Anda semua yakin Pengerusi PKR Selangor akan menaikkan nama Tan Sri Khalid kekal sebagai MB.

Jauh panggang dari api!

Sudah semestinya Pengerusi itu akan meletakkan namanya sendiri sebagai MB Selangor. Kerana sudah diketahui umum, memang dia dari asal lagi hendak menjadi MB Selangor. Nun Jauh dari tahun 2008 lagi.

Apa korang ingat, Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor kerana sokongan PKR?

Jauh api dari panggang.

2008 dahulu, Tan Sri Khalid menjadi MB kerana PAS sudah mendesak, jika bukan Tan Sri Khalid, PAS tidak akan bersetuju. Malah mulut Ayah Chik yang paling lantang untuk menaikkan nama Tan Sri Khalid ketika itu.

Sepatutnya mamat Perak itu bersyukur, PKR tidak dapat majoriti kerusi DUN di Selangor. Kita semuanya patut bersyukur, PAS dan DAP dapat 15 kerusi, lebih satu dari PKR di DUN Selangor. Kerana jika tidak, memang komfem, yang menjadi MB Selangor adalah Azmin Ali.

Kita juga patut bersyukur, Semenyih kalah kerana angkara Aru. Saya menyokong tindakan Aru PSM itu. Kerana beliau seorang yang berpendirian dan berprinsip. Jika tidak, PKR, atau lebih senang sebut, Azmin Ali ada 16 DUN dalam tangan dan semstinyalah, beliau akan menjadi MB Selangor.

Korang semua akan ingat, 'eh, mana boleh, mesti ada persetujuan dengan DAP dan PAS dahulu.'. Ini saya nak kabor, kamu ingat, PR Selangor ni bersih sangat ke? Kamu ingat DAP Selangor ni, tak main duit ke. Apalah korang semua ni, senang kena tipu dengan politician...... Malang sungguh......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?