SPR: YANG INI SAYA SETUJU DENGAN SPR.

Baru baca MalaysiaKini. Ada terbaca berita berkenaan dengan SPR. Mula-mula, sebelum baca, sudah niatkan dalam hati untuk mengkritik apa yang hendak diperkatakan oleh SPR. Kerana, ye lah, selama ini, tindak tanduk mereka, semuanya BN friendly. Tetapi, berita yang ini, lain sikit.

Cuba baca SPR ada maklumat 'MATA' mahu halang pengundi.

Tajuk memang seperti cap ayam hendak mengaitkan dengan pembangkang, tetapi, bila baca, memang inilah yang setiap pru, PAS perkatakan kepada pengundi. Terutama pengundi di kampung.

 Mengenai nombor siri pada kertas undi, Abdul Aziz berkata: "Ianya tidak boleh dikesan sehingga boleh dikaitkan dengan pengundi tertentu disebabkan petugas pilihan raya tidak boleh membawa alat tulis ketika menyerahkan kertas undi itu.
  
"PDRM akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membuat kacau. Saya sifatkan mereka ini (pengacau) mengamalkan ajaran sesat. Mereka perlu tahu prosedur mengundi adalah rahsia," katanya.
  
Beliau juga memberi jaminan 100 peratus nombor siri kertas undi tidak boleh dikenal pasti oleh pihak lain.


Sudah lama kita telah jelaskan kepada pengundi, jangan takut dengan nombor siri. Anda semua hendak memangkah siapa pun, pangkah lah.

Nampak gayanya, dengan adanya berita yang dibuat oleh Bernama ini, menjadikan orang-orang Melayu di kampung tidak takut untuk mengundi PAS dan PR. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerana telah menerangkan dengan elok berkaitan dengan isu ini.

Begitu juga ayat terakhir dalam berita ini, yang ini pun saya setuju;

"Calon dinasihatkan tiba awal di pusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk kawal keselamatan awam. SPR juga tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.
  
"Ramai penyokong hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang," katanya.


Ramai macam manapun yang hadir ke penamaan calon, tetapi kerja culaan dan meraih undi dari rumah ke rumah tidak dibuat dengan efektif, maka kalah dalam tangan kawannn......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?