Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, September 03, 2012

MSK, SPT BIASA, DENGAN KEPANDAIANNYA.

Saya sungguh tak sangka, blog yang ciput macam blog saya ini, tuan MSK pun ada baca. OK le tu.

Cumanya, apa yang memusykilkan saya, MSK ada kata, "Aku cuba jawab dalam ruangan komen tapi tak boleh lepas. Jadi aku kena tulis kat sini." (Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/30/tak-habis-habis-dengan-hudud/)

Yang ini saya pelik. Saya dah dok check dalam blogger saya, tidak pula wujud komen dari MSK. Yang ada 2 komen dari Kump Anak Muda keluar umno dan satu lagi tanpa nama. Itupun saya keluarkan komen hari ini, sebab saya memang tidak bergejuis pun dari Jumaat hingga Ahad lepas. Lap top rosak dan broadband tertinggal di Batu Enam. Kasihan saya.....

Tetapi takpelah. Sekurang-kurangnya, hajat saya untuk MSK 'naik angin' terlaksana. Saya suka melihat beliau 'naik angin'. Macam-macam info akan terkeluar. Dan seperti sedia kala, hipotesisnya entah dari mana, saya tidak tahu. Yang saya nampak hipotesis dari segumpal daging diatas kepala dia. Ok le tu. Beliau tidak menggunakan akal kepala lutut. Macam mamat Shah Alam tu.

Dan seperti biasa, kepada mereka-mereka yang menggemari kepandaian MSK berhujah dalam blognya, beliau ini amat pandai bermain bahasa, bermain tajuk dan bermain minda.

Saya kata satu perenggan sahaja;

Ada orang kata, masalah sosial yang dialami di Malaysia ini tidak boleh dihapuskan dengan terwujudnya undang-undang syariah. Itu MSK yang kata. Dari mana dia dapat hipotisis itu, saya tidak tahu. Memang kebiasaan MSK, dia anggap apa yang keluar dari kepala otak dia, semuanya betul. Kasihan.

Dan, satu benda pun dia tak jawab tentang apa yang dia kata tentang 'MASALAH SOSIAL TIDAK BOLEH TERHASIL DARI TERWUJUDNYA UNDANG-UNDANG SYARIAH.' Yang dia jawab, benda lain. Kasihan.......
Nak tau apa dia kata, yang menyebabkan saya cuba 'menaikkan anginnya' itu, cubalah baca kat bawah ni. 
Nak senang, sila baca perenggan 24 @ 25 (Jika perenggan dalam kurungan dikira seklai).

Sebab itulah saya katakan, dari hipotesis mana yang beliau dapat dengan mengatakan bahawa

"Aku tau…akan ada penyokong Umno yang terus melompat bila aku cakap macam tu. Tapi aku nak tujukan tulisan ini bukan saja kat Umno tapi juga kat Pakatan Rakyat. Sebab aku tau, ramai penyokong PR juga tak tau macam mana nak menyelesaikan masalah ini sebab depa tak pernah rasa. Malah ramai yang tak sedar keseriusan permasalahan ini. Bukan itu saja, ada yang ingat..dengan melaksanakan hukum Islam..semua masalah akan selesai."

Harap, MSK naik angin lagi.



3 ulasan:

matsamankati berkata...

aku harap kali ini komen aku boleh lepas. Hang punya security check tu teruk sangat. Aku tak boleh nak baca.

Tiga kali dok enter, tapi masih tak betui.

Mazwandi Mustaffa berkata...

Sorry bos. Blogger skrg ni nakal sikit dgn silap mata hurufnya..

Tanpa Nama berkata...

MSK ni kepala otak komunis yang tak percaya dengan sistem yang Allah sediakan... semoga Allah menjauhkan PAS dari bersekutu dengan puak-puak kepala otak komunis...